Selalu je Astro ni buat hal laaaa... time hujan tu WAJIB le servis tergendala kan... ni hujan takdak ribut takdak, kilat petir pun takdak..tetiba astro tergendala.. tak ke hangin satu badan bila satu hari tak dapat tengok citer Hindustan. kekeke
Dah le tak tau masalahnya datang dari mana kan. hrmm dah nama ianya terjadi secara TIBA-TIBA.. nak kata terusik decoder tu dalam almari, takdak pulak...elok je terletak kat situ.. pening la duk pikir kenapa astro ni tokleh tengok time cuaca cantik molek nih. hrmmm
Lagi satu, kalau nak betulkan masalah ni FREE, nopoblem la bakhang... ni tak, di suruhnya kita bayar untuk proses pembaikannya atas masalah yang kita sendiri tak tahu kenapa ia TIBA- TIBA jadik cenggitu.. huhhhhh, stress pun ada!
Berikut aduan yang cuba dibuat..
Korang penah kene camni tak, kenapa yek?
Ok, yang ni yang dia reply semalam
Masalah hari ini.
Ada sape sape yang penah jadi macam ni tak? Kenapa ye... masalah decoder ke?, piring ke? masalah smart card ke?, masalah cable? atau masalah lain ye? hrmm... Kalau boleh buat yang mana patut dulu, baik kita usaha buat sendiri dulu kan.. maklum le RM53 tu bukanlah jumlah yang sedikit sekarang. Kalau beli nasi kukus RM5 sebungkus, tak ke dah dapat 10 bungkus dah..kalau sehari makan 2 bungkus, tak ke dapat 5 hari, kalau sebungkus sehari, dah 10 hari.. haha, berkira berkira! Keh keh keh
Tapi bukan berkira sebenarnya.. yang mana boleh berjimat, baik kita jimat kan.Semuanya kene kira kan, hah memang berkira lah tu! Pening. hiks!.. Kalau camni, takpa lah tak dapat tengok astro pon...(ayat sedih) :'( huuuuuuuu.
"TQ for reading this entry"
Assalamualaikum Mdm nissa..
ReplyDeleteHal astro bermasalah ni mmg biasa didengar..
Ntah bila diaorg akan baiki kualiti siaran masa hujan.. Tak hujan pun bermasalah.. Cian pada pelanggan..
Waalaikumussalam LZ,
Deletekita ni baik sebenarnya, redha je...hehe >__<