nuffnang

Sunday, 11 May 2014

Sambutan Mesra Terhadap Suami

Sambutan mesra ketika suami pulang kerumah adalah sebahagian dari sikap isteri yang sangat membahagiakan suami. Di samping menyenangkan suami, juga dapat menghilangkan rasa lelah dan letih setelah seharian bekerja. Boleh menghapus fitnah dan godaan yang terjadi di tengah perjalanan, serta kesusahan dan beban berat yang dihadapi dalam kehidupan rumah tangga. Islam telah memberikan sejumlah tuntunan akhlak dalam menyambut kedatangan suami, agar sambutan tersebut dapat membahagiakannya. Sebuah ketenteraman dan kedamaian dapat dirasakan, bagaikan berada di dalam syurga ketika berada di sisi isterinya.


Di antara akhlak tersebut adalah :

Pertama, berwajah cerah. Senyum yang penuh ketulusan dari seorang isteri mampu mendatangkan rasa tenang dan bahagia, serta damai bagi suami. Kerana Rasulullah telah berpesan agar seorang isteri sentiasa berwajah cerah ketika bertemu suami mahupun keluarga. Sahabat Abi Dzar menerangkan bahawaRasulullah telah bersabda:

“Janganlah kamu meremehkan kebajikan sekalipun sangat kecil, walau hanya sekadar wajah cerah yang kamu berikan ketika bertemu saudaramu.”
(HR. Muslim dari Abi Dzar)

Setiap isteri solehah hendaklah mengerti, bahawa senyum manis dan wajah cerah yang diberikan kepada suami adalah ibadah. Besar pahalanya. Rasulullah adalah seorang yang murah senyuman dan tawa, apalagi ketika berada di rumah bersama keluarga, hingga beliau telah menegaskan :

“Senyuman manis yang engkau berikan kepada saudaramu itu ada pahalanya.”
(HR. Tarmidzi)

Kedua, bersolek dan memakai wangian. Bila suami pulang kerumah, kemudian disambut isteri yang telah berdandan dan memakai wangian, maka akan merasa sejuk dan lapang dada, serta sangat terpikat dan bahagia. Pakaian yang bersih dan indah, wajah manis dihias dengan senyum simpul, rambut terurai rapi dengan aroma wangian yang semerbak, dapat menghidupkan rasa bahagia bagi suami. Kerana islam sangat menganjurkan kepada setiap isteri solehah agar sentiasa bersoleh dan berdandan ketika bertemu dengan suami. Hendaklah hal tersebut dijadikan salah satu sifat yang dimiliki oleh setiap isteri solehah., hingga benar-benar sesuai dengan pujian rasulullah, bahawa wanita adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Sahabat Ibnu Abbas menerangkan bahawa Rasulullah pernah bersabda kepada Umar:

“Ya Umar, adakah engkau ingin aku beritahu tentang sebaik-baik simpanan Syurga: Yakni wanita solehah yang apabila suami memandang, menyenangkan. Bila diperintah suami, taat. Dan bila suami tidak berada di sampingnya, menjaga kehormatan dirinya.”
(HR. Abu Dawud dari Ibnu Abbas)

Seharusnya seorang isteri solehah selalu berhias diri dan berdandan di hadapan suami, dengan niat menjaga suami dari fitnah dan godaan wanita lain yang suka bersolek. Sebab wanita pesolek dan wanita penghibur sudah banyak memenuhi setiap sudut dan lorong jalan. Serta niat menahan keinginan suami memandang wanita lain selain dirinya, demi menciptakan kebahagian, ketenangan, dan kesenangan dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.kerananya demi mendapat pemahaman yang lebih luas perihal berdandan di depan suami.

Ketiga, menyampaikan khabar yang menyenangkan ketika suami pulang, hendaklah dikhabarkan tentang berita yang menggembirakan. Jangan malah disambut dengan berita yang menyedihkan mahupun yang menambah beban fikiran. Kejadian-kejadian yang menyenangkan yang terjadi sepanjang hari, baik urusan rumah tangga , urusan anak-anak dan kaum kerabat, urusan dapur dan bagaimana menyiapkan makanan, urusan sawah ladang, dan kicauan burung adalah perkara yang layak diceritakan kepada suami ketika pulang ke rumah. Sebab semua itu akan membuatkan suami gembira, bangga, bahagia. Bahkan boleh mengharungi kelelahan dan kepenatan setelah seharian bekerja. Dengan demikian suami merasa puas, tenang, bahagia, damai, sejuk, terhibur ketika berada di sisi isteri. Dan itulah erti dari cinta, kasih dan rahmat yang dikehendaki Allah SWT.

Ketika suami pulang dalam keadaan penat dan lelah, tidak selayaknya menceritakan berita yang merungsingkan kepala dan membebankan, menyusahkan dan menyedihkan. Kerana hal tersebut hanya akan menyebabkan pertengkaran dan perselisihan, lantaran suami merasa tersinggung atau merasa kurang mendapat sambutan yang baik daripada isteri. Miasalnya, kematian kaum kerabat, sakitnya anak, atau hilangnya sesuatu dari rumah, sebaiknya disampaikan setelah suami istirahat sejenak. Oleh itu, isteri harus bijak dalam menyampaikan berita.

Keempat, mengungkapkan kerinduan dan menghidangkan makanan. Ketika suami pulang, hendaklah disambut dengan ungkapan kerinduan dan penuh kehangatan. Katakan, bahawa dirinya menunggu kepulangan suami dengan penuh penantian. Yang demikian dapat menambahkan kemesraan dan kebahagiaan. Dapat menghapus rasa lelah dan letih, serta kepenatan setelah seharian bekerja. Disamping dapat menambah kehormonian hubungan dan mempererat tali cinta kasih dalam rumahtangga.

Demi menjaga ketenteraman dalamrumahtangga, sebaiknya seorang isteri solehah lebih dahulu menyiapkan makanan dan minuman sebelum suami pulang. Kebaikan dan cermat dalam menghidangkan hidangan haruslah diperhatikan, agar tidak timbul kekecewaan. Bukankah Rasulullah telah menegaskan :

"Allah sangat menyukai apabila salah seorang diantara kamu mengerjakan sesuatu dengan penuh cermat."


Dipetik dari Buku :
Isteri Mithali Idaman Seorang Suami | Mohd. Hasnawi Zainab

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^