nuffnang

Thursday, 3 September 2015

GIVEAWAY KE-3 : Hari Raya Aidil Adha by Yaya Cendana

Alhamdulillah, sempena pelancaran Giveaway ke 3 : Hari Raya Aidiladha by Yaya Cendana (Cash RM200), marilah sejenak kita memikirkan apa itu 'pengorbanan' disebalik hari yang penuh bermakna ini.
 
In Sha Allah, pada hari khamis 24 September 2015, kita bakal menyambut perayaan istimewa yang disambut oleh semua umat islam pada setiap 10 Zulhijjah sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
 
 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
 

Giveaway ke 3 : Hari Raya Aidiladha by Yaya Cendana 

http://www.yayacendana.com/2015/09/giveaway-ketiga-hari-raya-aidiladha-by.html
Klik Banner Untuk Join
Giveaway ke 3 : Hari Raya Aidiladha by Yaya Cendana
 

 

Ucapan Hari Raya Aidiladha

 
Semoga kita mendapat gambaran paraktikal dari sudut keikhlasan, ketaatan ketulusan hati di dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT kerana hadirnya Aidiladha ini adalah tanda syukur akan nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, samaada ia datang dengan penuh kesedaran diri ataupun tanpa kita sedari.
 
Sesungguhnya disebalik kisah ibadah korban yang kita lalui, terkandung rahsia hidup bermasyarakat yang amat bermakna, kerana dengan daging korban itu sendiri kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin dan sudah pastinya ia juga dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta dari dalam diri kita.
 
Semoga dengan kehadiran Raya Korban ini, kita dapat mengenal erti sebuah pengorbanan yang sebenar-benarnya.

Bukankah cinta dan sayang akan sesuatu itu tidak semestinya memiliki?, tetapi pengorbanan itu adalah tanda kasih dan ikhlasnya kita pada Ilahi, kerana yakin Janji Allah Ya Rabbul'Izzati sememangnya 'Pasti'.


Jika Kita merasa gembira, maka Bersyukurlah...
Bukankan Allah itu Maha Pemberi!
Jika kita merasa sedih, maka bersujudlah..
Bukankah Allah itu maha mengasihani!
Jika kita berkemampuan, maka Berkorbanlah..
Bukankah Allah itu Maha Pemurah!

Pengorbanan itu adalah tindakan kerelaan
perit pastinya terasa saat kehilangan
perginya bukan menagih titisan kekesalan
pasti mengaharap kemanisan dipenghujung jalan

Kerana sesungguhnya,
Tiada cerita indah tanpa PENGORBANAN!
 


 
 
 
 
#SalamAidiladha1436H
 
 
 
 

 

11 comments:

  1. Replies
    1. Tq mommy irra, ok nti kite polow back :D

      Delete
    2. Ish, Kite dh pollow ler..hihiks :)

      Delete
  2. terima kasih join segmen saya ye...saya dah follow sini :)

    ReplyDelete
  3. nk join juge..huhuhu...done follow blog nisa...slm kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal, tq..nti nisa follow back, heee

      Delete
  4. wahhh sedapnyaa ucapan :)

    all the best

    ReplyDelete
  5. gd luck..jom singgah
    http://fififizahresepi.blogspot.my/2015/09/giveaway-hari-raya-aidiladha-by-yaya.html

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^