Rasulullah SAW pernah bersabda
Maksudnya : "Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak (penceraian)."
WAJIB
Apabila perbalahan suami isteri tidak lagi dapat didamaikan walaupun sehingga ke peringkat menggunakan orang tengah maka wajiblah bercerai dengan isterinya.HARAM
Apabila isteri diceraikan dalam waktu waktu seperti isteri dalam haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya, isterinya dalam keuzuran / sakit atau isteri yang belum disempurnakan giliranSUNAT
Apabila suami tidak dapat menanggung nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur, isteri boleh menuntut fasakh ( memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan talak). Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah diri, berkahwin dengan isteri kerana paksaan atau isteri bersikap bengis dan kasar terhadap suami.MAKRUH
Makruh suami menceraikan isteri yang baik tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab munasabahHARUS
Harus bagi suami melepaskan isteri disebabkan dia (suami) lemah keinginannya atau isteri yang putus haid.Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat | Dato' Ismail Kamus | Munakahat
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^