Skincare |
Kayu Manis & Bedak Sejuk
- Tumbuk dua batang kulit kayu manis, sebatikan bersama segengam bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit air. Sapu pada parut jerawat sekerap mungkin sehingga parut hilang dan pudar.
- Basahkan kayu manis dengan air dan asahkan kayu manis pada permukaan kesat seperti batu lesung dll sehingga ia menjadi cecair kemudian campurkan sedikit bedak sejuk sehingga sebati dan sapu pada parut jerawat.
Pokok Lidah Buaya
- Belah daun lidah buaya, dapatkan gelnya dan sapu pada parut jerawat. Lakukan sekerap mungkin, In sha Allah parut akan segera pudar dan hilang.
Asam Jawa
- Ramas sedikit asam jawa bersama sedikit air. Sapukan pada tempat yang berparut sebelum tidur. Biarkan sehingga kering.
Buah Tomato
- Potong buah tomato yang telah masak kepada beberapa hirisan. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan letakkan hirisan tomato tersebut pada wajah selama 20-30 minit dan bersihkan. Lakukan pada waktu pagi atau malam 2-3 kali seminggu sehingga parut jerawat pudar dan hilang.
- Kisar buah tomato sehingga menjadi cecair kemudian lumurkan pada kulit wajah dan biarkan ia kering. Kemudian cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan dan menghaluskan kulit wajah.
Putih Telur
- Bersihkan wajah terlebih dahulu, sapu putih telur pada wajah anda.Biarkan selama 10-15 minit.
- Selain itu, anda juga boleh jadikan putih telur sebagai masker dengan menyapukan putih telur pada kulit wajah, kemudian tampal tisu atau kapas sebagai mask, dan tindan kembali putih telur pada tisu atau kapas sehingga basah. Biarkan sehingga kering dan cuci. Selain dari menghilangkan parut jerawat, ia juga boleh menegangkan serta melembutkan kulit wajah.
Madu & Bedak Sejuk
- Campurkan sedikit madu bersama bedak sejuk dan sapu pada parut jerawat, biarkan selama 15 minit dan cuci wajah sehingga bersih.
Biji Kani
- Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari, selain dapat menghilangkan parut jerawat, ia juga dapat menegangkan kulit wajah. InsyaAllah
Asam Limau
- Bersihkan wajah terlebih dahulu. Ambil sebiji asam limau, dah hiriskan sedikit, sapu pada parut jerawat selama 5-10 minit. Ia sedikit pedih jika anda menggunakannya selepas memicit jerawat pada wajah anda. Untuk kurangkan rasa pedih, anda boleh campurkan perahan air asam limau bersama sedikit air. Lakukan sekali sehari, selain dapat menghilangkan parut jerawat ia juga dapat melicinkan kulit wajah.
Kiub Ais
- Balut seketul kiub ais dengan kain atau sehelai tuala kertas yang bersih dan letakkan pada kulit yang berparut selama satu atau dua minit, sehingga kawasan itu mula merasa kebas. Ais ialah bahan di rumah paling mudah yang boleh membantu memudarkan parut jerawat dengan melegakan radangan kulit dan mengurangkan kemerahan
:: Selamat Mencuba ::
P/S : Elakkan penggunaan bahan-bahan tersebut jika anda alah kepadanya
Klik untuk baca petua mencantikkan wajah.
Ais batu tu paling mudahhh.. nanti nak try..
ReplyDeleteKan, sambil minum, sambil rawat parut. kekeke
Deleteboleh try ni..
ReplyDeleteSila-sila. :D
Deletesama-sama. sharing is caring (^_^)"
ReplyDelete