9jam perjalanan dari kelantan ke Shah Alam...
Ku tumpang seorang kawan lelaki bersama ibunya,
Planning terlampau padat, lama sudah di kampung, banyak kerja yg perlu diselesaikan..sangat2 memerlukan masa...
Ku kenal seorg kawan itu melalui suami ku. Kawan baik suami masa plkn smp ke hari ni. Sungguh, beliau sgt2 baik. Bertuah kami mengenali beliau, punya kawan sebaik beliau.
9 jam di dalam kereta, banyak cerita terkias kudengar melalui perbualan sang ibu dan anak.
Terlalu banyak kesedihan, melalui nada suara ibu yg punya 9 orang anak itu.
Sekali ku pandang wajah tua yang kelihatan agak uzur di pandangan mata, sungguh tenang wajahnya...namun raut wajahnya menimbulkan pelbagai persoalan... apatah lagi apabila mendengar cerita2 melalui perbualan mereka. Tergambar akan kegelisahan yg berada di hatinya...
Ku lihat tangan ibu itu...penuh perhiasan tersarung...
Sungguh mewah, besar2 semuanya... alhamdulillah, berkat usaha dari perniagaan yg dijalankannya, mampu membesarkan 9 org anak, mampu membeli tanah, agihkan pada anak2, siapkan rumah utk anak2, sebuah seorg lg..semua itu dilakukan seorang diri..tanpa suami disisi! Ya Allah, sungguh aku sgt2 menghormatinya, sungguh kuat dan sabar ibu ini. Respect!
Akhirnya ku tahu apa tujuan ibu yg agak uzur itu naik ke KL.. rupa2 nya, ingin membantu si anak membangunkan perniagaan kedai runcitnya. Habis perhiasan di tubuh digadaikan, semata2 ingin membantu dan melihat si anak hidup bahagia.
Jam hampir 8mlm,
Kami berhenti singgah di kuartes polis di KL, kerana ibu itu ingin tinggal bersama sama anak perempuannya di sana.
Ku melangkah kaki ke bilik air, berwuduk dan tunaikan solat jamak utk meneruskan perjalanan yg berbaki 1jam lebih lagi.
Usai solat, ku keluar ke ruang tamu, kulihat family belah suami anak perempuan ibu itu..sangat ramai. Lebih kurang 10 orang...padat isi rumahnya, meriah!
Tapi....entah lah, terasa 1 kejanggalan...timbul rasa pelik...lantas kucampak ke tepi rasa itu. Buang jauh2, no time to think -ve rightnow!
Selesai bersalam salaman, aku melangkah kaki keluar dari kuarters tersebut, dan meneruskan perjalanan ke shah Alam, ke rumah suamiku. Tak sabar rasanya nak cepat2 smp rumah, penat dah duk atas keta lama2.sakit belakang, angin penuh 1 badan. Hmm, mmg jenis yg xleh duk dlm aircon lelama aku ni, kembung habis 1 badan..arghhh! Senak perut pening kepala semua rasa.
1 jam lebih perjalanan, byk kisah sedih kawanku ceritakan tentang ibunya. Sungguh aku bangga mengenali ibu itu, sungguh ibu itu bertuah punya anak sebaik kawanku ini....
Aku tanya dia, berapa hari mak naik KL.
Dia cakap, kejap je...tak sampai 1 minggu pon, mak naik pun sebab nak tengok akak buka kedai je. Tapi dia ckp, dia risau sangat mak dia datang sini. Risau takut takde org nak jaga mak dia bile dia pegi kerja nanti..aikkk?! Bukanke dh tinggal rumah akk dia??
Dalam kepala aku pulak, muncul banyakkk ???????? Entahlah...pening@&&&@^/@=@ dah, malas pikir! Nak cpt smp je, ok!
2 hari kemudian,
Aku terima panggilan dari kawanku itu,
Katanya ingin minta kebenaran untuk tumpangkan mak dia di rumah ku, sbb esok pagi dia cakap nak minta tolong suamiku hatar dia ngn mak dia kat airport. Dia tanya sudikahbkami tumpangkannya?
Ya Allah, aku ngn suami sungguh tiada masalah, malah sangat2 bersyukur. Dia itu kawan baik kami, dan mak dia jugak sudah kami anggap seperti mak kami sendiri.. lagipun, bukankah tetamu itu seperti malaikat, bukankah Allah itu memuliakan mereka yang melayan tetamunya dengan baik. Insha Allah kami terima seikhlas hati. Katanya, Esok pagi dia odw pegi keje dia akn htr mak dia kat rumah aku. Orait!
Jam 9 pagi keesokkanya,
Aku sambut kedatangan ibu yg ku panggil 'ma' itu penuh hormat. Begitu jua suamiku yg kebetulan ada di rumah.
Beliau tersenyum membalas senyumanku dan suami.
Ku ke dapur, sediakan minuman. 2 jenis air ku bancuh, bimbang salah satunya beliau tidak minum. Bihun yg ku goreng selepas solat subuh tadi, ku angkt dan kuhidangkan di hadapannya. Tapi, ibu itu tidak makan, malah melihatku penuh makna, beliau tersenyum pahit lantas termenung melihat makanan yang terhidang.
Jemput lah makan ma, kataku.
Dia senyum lagi... "tak ape lah, ma kenyang.kejap lagi ma makan".
"Ke ma tak minum air teh'o dan milo ni? Ma nak air masak ek? Nanti saya ambilkan". Kataku lagi.
Aku mengatur langkah, mengambil segelas air masak dan kubawa ke depan. Kuletakkan di atas meja ruang tamu...
Kelihatan ibu itu sangat penat.
"Ma, kalau ma penat ma rehat lah dulu, kat sane saya dh sediakan tilam, ma baring2 lah dulu kat situ ye"
"Eh, xyah lah susah2" katanya.
Ibu itu memerhati di setiap sudut rumah ku...
"Sunyi ye kat sini". Katanya lagi
"Ha'ah ma, biasa lah hidup berdua je kan, rumah ni macam ni lah, sunyi...budak2 kecik pun xde nak sepah2 kan rumah.. kat luar tu pulak, time2 camni memang sunyi, tapi petang2 sikit riuh lah suara budak2 tu main kat luar". Balasku.
"Oh, suami tadi kat mana?" Tanya nya lagi bila tersedar suami ku tidak kelihatan.
"Ada dalam bilik tu ma, waktu ni dia siap2 nak tidur lah tu, biasala kerje malam kan, nanti jap lagi nak bangun solat dan kerja pulak."
Ibu itu memandangku lagi, senyum...dan senyum...
Sungguh, beliau kelihatan punya banyak masalah, termenung je aku tgk...
"Ma, kalau ma boring kat situ ada buku, nanti ma tengok2 lah ye. Saya nak minta diri dulu, nak sambung siapkan tempahan kad kahwin custermor kejap" cuba memberikan ruang untuknya.
"Ok, xpelah..pergilah...nanti ma tengok" jawabnya dua tiga patah.
Terus aku melangkah ke bilik kerjaku, mata mengadap komputer, mouse ku tekan.. tapi fikiran melayang...terus melayangg..
Ya Allah, jika ibu itu ada masalah, Kau hilangkan lah masalah itu, ringankanlah beban yang dipikulnya, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih dan maha penyayang...Amin...
Jam 12tgh
Aku keluar kedapur, terlihat ibu itu sedang baring di atas tilam.
Ku buka peti ais, keluarkan barang2 untuk siapkan menu petang. Tapi barang2 dapo tak banyak, bawang merah pun takde, orang laki ni kalau duk rumah sorang2..susah betol nak beli barang dapo, haishhh...rungutku seorang diri..
ape yang ada, kubis, sawi...tu pon dah layu dh. Nasib baik telur, suhun dah ayam ada..boleh la masak yang mana ada dulu.
Aku siapkan sayur air bersama suhun, goreng ayam kunyit, telur dadar, budu wajib..letak asam limau dengan cili sikit, wah! lauk xbanyak pun xpe lah, janji ada budu...maghoh kawe! hehe
"Masak apa tu". Tegur ibu itu dari belakang.
"Nak ma tolong ke?"
Eh eh, takyah ma, takpe, takpe...dah nak siap dh ni pun...jap lagi kita makan sama2 ye.
"Banyaknye masak nasi,Susah susah je", katanya.
"Takpe lah ma, jap lg Encik tu bangun mesti cari nasi punya, lagipun memang kalau dia keje malam saya akan masak lebih, sebab nanti dia nak bawa bekal pegi kerja pulak".
"Oh, memang dia selalu bawa bekal ke?bagusnya"..katanya lagi..
"Ye ma..macam ni lah selalunya, kalau saya kerja dulu, mesti kalut nak balik awal, sbb nk kene masak2 untuk dia kan, kadang2 memang tak cukup masa, terkejar2 rasanya, tp tulah, dia tu susah makan kt kedai ma. Tapi ni dah dua bulan tak duduk sama, kene jadi bujang balik lah dia gayanya" cerita ku panjang lebar..hehe
"Untung dia dapat isteri macam kamu..tu lah, ma selalu pesan kat anak2 ma, nak cari suami isteri kene cari yang betul2. Tak boleh main main. Sekurang kurangnya ma sakit demam ma boleh menumpang teduh. Tapi tu lah...susah nak cakap, keluhnya agak berat...
Kelihatan air mata berlinangan di kelopak matanya...
Tengok sekarang, ma bukannya nak datang sangat kat bandar ni...kalau perasan, ma sendiri pon tak larat dah nak berjalan. Tapi nak buat macam mana, anak suruh datang, datang lah kita pun kan, sekurangnya boleh tengok tengok kedai runcit yang dia nak bukak, boleh bermain dengan cucu2, boleh tumpang gembira kan...hrmmmmh...keluhnya lagi...
Ma bukannya apa, barang kemas dah habis ma gadai, sebab anak minta pinjamkannya duit untuk buka kedai.. tak pelah.. anak kan, ma susah tak ape, janji dorang senang... tapi apa dia buat..bukan nak ucap terima kasih pun, malah dia tuduh ma macam macam. Ma duk kat rumah dia nak suka suka, tapi ma dilayan macam hamba, basuh baju lima 6 mesin satu hari.. tengoklah berapa ramai isi rumah, semua baju ma yang kene basuh...itu tak ape lah, yang paling ma terasa hati, ma dituduhnya kata bukan2 kat adik iparnya, ma dituduhnya masuk campur urusan family laki dia, pecah belahkan family dia... Ya Allah... ma tak buat semua tu, ma sedih dia buat ma macam tu....berlinangan air matanya, teresak esak menangis di depanku, cermin mata dibukanya, disapu sapu air mata yang keluar... aku terpaku, terkejut dengan ceritanya, tak mampu jua kutahan air mata ini dari jatuh apabila melihat ibu yang uzur di depanku menangis teresak esak...ya Allah, patut lah dia banyak termenung..Allahhuakhbar!
"Ma sedih bila sah layan ma macam ni"katanya padaku
"Anak yang ma tumpang tu pun tak layan ma macam ni, ambilkan ma air, buatkan ma air banyak2, hidangkan ma makanan, masak lagi....
tu yang hati ma tersentuh, rasa sedih sangatt.. ma datang kat sini nak suka suka ngan anak cucu, tapi tengoklah, akhirnya ma menumpang dengan orang yang takde pertalian darah dengan ma...siap layan ma jauh dari anak2 ma layan ma sebelum ni...ma kecil hati dengan dorang. Anak2 ma 9 orang, tapi taksemua boleh jaga ma seorang, yang ada kakak sulung, dengan anak lelaki(kawanku) ma yg ni berdua je yang boleh ma tumpang sakit demam. Kalau dorang takde tak tahu lah ma esok2 nanti cam mane"
Ya Allah...
"Tak apa lah ma, ma jangan sedih2 lagi, saya kan ada... ma anggap je saya ni macam anak ma sendiri ye".. ku lap air mata yang berguguran, menangis si ibu itu mendengar ucapan ku...
"Terima kasih la sah, terima kasih banyak. Ma mintak maaf banyak2 sebab susahkan sah ngn suami"
"Ishhh...takde lah ma, mana ada menyusahkan...takde, takde.
Ok, sekarang takyah nangis2 lagi, ma pegi rehat dulu, jap lagi kita makan sama2 ye"
Kataku sambil mengatur langkah ke ruang tamu menghantar ibu itu ke depan.
Sayu hati ini kurasakan. Ibu yang kuat dan tabah bersamaku itu betul2 menyentap hati nurani ku.
Walau ku lihat dia punya harta yang banyak, namun itu semua tidak menjamin kebahagiaan yang dirasakannya.
Dia sangat buntukan kasih sayang, perhatian anak2.
Allahhu,
Jagalah hati ibu bapa kalian sementara mereka masih ada.
Tidak akan berkat apa yang kita lakukan jika kita kecilkan hati ibu bapa kita. Raihlah redha mereka, ikhlaskan lah hati menjaga mereka... kerana mereka hanya satu, tidak mungkin ada duanya, hilangnya maka terputuslah doa untuk kita, tidak mungkin akan ada penggantinya untuk kesekian kalinya.
Sayangilah ibu anda dan ingatlah, setitis air mata ibu jatuh, tiada bau syurga untuk kita..nauzubillah....
♡♥i love u mom♡♥