nuffnang

Thursday, 11 December 2014

Kencing Tak Lawas ?

Pernah tak korang rasa sakit lepas buang air kecil ?
Lepas tu rasa macam tak puas jer then mula lah ulang alik ke toilet..
padahal yang keluarnya ciput je... erererrrrrrh !


nisa cek cek google, rupa-rupanya apa yang berlaku tu adalah 'kencing tak lawas' (ittew ikut firasat nisa la kan) .... heeee
Sebab apa, sebab nisa kurang minum air! kehkeh3x!


Jom kita cek tanda tanda kencing tidak lawas :

○ Kerap ke tandas (kompem!)
○ Kencing tak puas ( ya)
○ Tak dapat menahan kencing (rasanya ler)
○ Sakit pada ari-ari... (errr, ada jugak laa)
○ Kadangkala alami kencing berdarah (Ish! takda, nauzubillah Ya Allah. tak nak!)
○ Demam. Tanda pundi kencing lebih aktif ( Alhamdulillah takde )
○ Kerap ke tandas lebih 10x (Pernah lah 1 hari tu, tapi sekarang kurang dah sebab control balik pengambilan air putih kan)


Punca-punca Kencing tak lawas :

○ Kurang minum air
○ Tahan kencing


Betul.. sistem tubuh kita memerlukan air putih yang cukup. lepas nisa bagitahu mak pasal ni, dia suruh nisa amalkan minum air barli.





Alhamdulillah. menjadi ! rasa tu dah tak datang dah. tapi kalau kurang minum air, cepat je dia datang. aih! bahaya betul kan. tapi sekarang, Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat, rasa tu dah takda dah.
Ermm... yang penting jangan lupa minum air putih Keh!


Petua merawat kencing tak lawas :

○ Minum air putih banyak-banyak

○ Minum  Rebusan Air Barli
~Cuci barli sehingga bersih, rebuskan bersama air secukupnya. Masukkan daun pandan untuk dapatkan rasa dan bauan yang wangi. Bila dah masak, masukkan dalam gelas dan kacau bersama gula secukup rasa. Oke, kalau Nak Senang beli je kat kedai. hahahak. :p

○ Minum Air Basuhan beras
~ Ambil air basuhan beras yang last sekali, maknanya yang dah bersih, dan amalkan. Insha Allah dipermudahkan.

○ Minum Air Nenas
~ Kupas nenas, dan buat jus nenas. Yang ni pun kalau nak senang dan cepat, oder je kat kedai.hihi :)



p/s : Kesemua rawatan di atas adalah testimoni diri sendiri. Alhamdulillah. Usaha Tangga Kejayaan. hehe



*** Selamat Mencuba :) ***


1 comment:

  1. Selalu saya minum air rebusan barli sahaja.
    Menjadi..
    Tapi baru-baru nie jadi juga kencing tak lawas.
    Ambil ginger terus lega..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^