nuffnang

Wednesday, 10 December 2014

Gambang Waterpark

Last minute planning nak pergi holiday kat Gambang waterpark..hmm, sekali pikir rasa macam tak boleh pergi dah sebab masa tu nisa kalut settlekan order customer kat KL. 
Tapi... Alahai Cik Abang ni pulak duk memujuk rayu cakap teringin sangat-sangat nak pergi sana... aduhai, macam budak kecik... pedih ulu hati nengoknya... hakhaks!


Dia mula tak sedap duduk dah, apa taknya gambar satu family bertalu-talu masuk dalam wassap tu hah! Dorang semua dah pergi dari pagi lagi. hmm, nasib baik la kerja nisa tu settle cepat kan.. Dapat la juga kami join sekaki. Lagi pula, bukan senang nak dapat cuti sama-sama kan. Dua-dua kerja kalah VIP ni ha! 25jam 1 hari.. heheheh..

Dari KL nak kesana lebih kurang 220 km. ermmm, Petang jugak lah kami sampai sana. dorang semua dah kecut main air, kita ni pulak baru ajee sampai..kihkih!




Rupa-rupanya banyak jugak tempat-tempat menarik kat Bukit Gambang Waterpark ni. Antaranya :
~ Bukit Gambang Safari Park
~ Caribbean Bay & Arabian Bay Resort
~Bukit Gambang waterpark


Disebabkan waktu kami sampai pun dah lewat, so nisa sempat pergi kat Bukit Gambang Waterpark je.
Sampai je sana terus kami terjah kaunter untuk proses pembelian tiket. Harga tiket untuk masuk kat sini bagi
~Dewasa : RM25.90
~Kanak-Kanak : RM18.90


Okeh, masuk-masuk je dalam tu, sebarang pembelian makanan tidak lagi boleh dibeli dengan wang tunai. semua pembelian makanan adalah dengan menggunakan kad khas yang korang boleh dapatkan kat kaunter kat sini... Tapi jangan bimbang, kalau balance wang nya ada lagik, korang boleh tebus balik baki nya dalam bentuk tunai yep.
Hooohh! takde lah membazir kan...ekekekke.


 Payah Betol nak bergambar nyeee...aisshh @_@

Btw, kalau korang nak tahu, ada 3 tempat kat gambang waterpark ni, iaitu :
~Coco Beach, yakni pantai tiruan yang ada ombak-ombak gitu...heee
~Peguin Island pulak merupakan tempat yang memang sesuai untuk kanak-kanak bermain..kat sini juga ada kolam untuk orang dewasa oke!
~Tree Top Hills Slides pula adalah tempat untuk main gelongsor...dan kat sini adalah tempat paling best! errmm...Ada 6 lanes Racer, Family Raft Slide, Crystal Slide, Canopy Slide dan Galaxy slide.syok!

Alah! Pendek kata memang semua best lah! cuma masa je yang tak best! haha... tak sempat kite nak selongkar banyak tempat. hukhuks! Tapi apa-apapun tempat ni memang sesuai untuk korang yang berhajat nak datang holiday ngan family tersayang !


Okeee, nak balik sudah!



*** Tata semua @ Selamat Bercuti ****




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^