nuffnang

Wednesday, 13 October 2010

Pantai Sri Tujuh

Jalan Masuk Pantai Sri Tujuh
Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat,Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen kereta api untuk pergi ke pantai.


Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf . Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.


Selain itu terdapat surau dua tingkat yang agak besar di sini. Pada hujung minggu, ada di antara pengunjung mendirikan khemah sambil memancing ikan.

Jom kita tinjau pemandangan-pemandangan cantik di sini....

Pemandangan Restoran Terapung Pantai Sri Tujuh

Salah satu Chalet di Pantai Sri Tujuh

Bot Nelayan yang tersadai di Pantai Sri Tujuh

Perkampungan Nelayan : Sampan-sampan kecil milik penduduk Pantai Sri Tujuh

Kepada anda yang ingin bercuti rehatkan minda bersama family, boleh jadikan Pantai Sri Tujuh sebagai destinasi percutian anda.



***Selamat Bercuti***