nuffnang

Tuesday, 11 December 2012

Pedihnya Azab Jahanam


gambar hiasan


AT-Thabrani, " Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang tidak biasanya dia datang. Kemudian Nabi SAW berdiri menyambutnya seraya berkata :

"Wahai Jibril, belum pernah aku melihat engkau berubah rupa."
Jibril berkata, " Aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip Neraka."
Nabi SAW bertanya, "wahai Jibril,ceritakanlah kepadaku tentang keadaan Neraka!
Jibril menjawab, " Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan Jahanam menyalakannya seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu memerintahkan menyalakannya seribu tahun lagi sehingga menjadi merah. Dan kemudian memerintahkan menyalakannya seribu tahun lagi sehingga menjadi berwarna hitam pekat.
Tak kelihatan lagi cahayanya dan tak terpadam lagi nyalanya.

Demi Zat yang mengutuskanmu sebagai Nabi dengan benar,
Kalau Jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum,matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan.
Demi Zat yang mengutuskan dengan kebenaran,
jika sahaja seorang penjaga Jahanam menjelma ke dunia, tentulah seluruh dunia akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk dan baunya yang amat busuk.
Demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran,
kalau sepotong rantai ahli Neraka yang telah dijelaskan Allah dalam Kitab-Nya itu diletakkan di atas gunung, tentu akan melebur dan meleleh ke dasar bumi."

Kemudian Nabi SAW memandang Jibril yang telah menangis itu lalu bertanya,
"Wahai Jibril, mengapa engkau menangis, kau telah mempunyai kedudukan disisi Allah?"
Jibril menjawab, "Bagaimana aku tidak menangis? Justeru aku lebih berhak menangis. siapa tahu dalam ilmu Allah keadaanku menjadi lain.
Aku tidak tahu, kalau-kalau diseksa sebagaimana seksaan Iblis.
Bukankah Iblis itu sendiri juga dari Malaikat?
Aku tidak tahu. Kalau-kalau aku diseksa seperti Harun dan Marut."

Kemudian Nabi SAW menangis, sampai ada suara memanggil,
"Wahai Jibril dan Wahai Muhammad, kamu telah diamankan.
Tidak akanmenderhakai-Nya."
"Wahai Jibril dan Wahai Muhammad, kamu telah diamankan.
Tidak akanmenderhakai-Nya."

Jibril kemudian naik dan Rasulullah pun keluar.

Lalu Baginda berjumpa dengan orang2 Ansar yang tertawa riang dan bermain-main.
Nabi SAW berkata, "Adakah engkau tertawa sedang dibelakangmu ada Neraka?
Kalau engkau tahu apa yang aku tahu, tentu engkau akan sedikit tertawa dan banyak menangis. Tentunya kamu tidak lalu makan dan minum. Malah kamu akan keluar Masjid, tertiarap kepada Allah SWT.

Kemudian ada suara memanggil, " Wahai Muhammad, jangan engkau membenci hamba-Ku. Engkau hanya Ku-utus sebagai pemberi khabar gembira. Bukan untuk menyedihkan orang."
Rasulullah SAW lalu bersabda, "Luruskanlah dan mendekatlah!"

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW berkata kepada Jibril:
"Aku tidak pernah melihat Malaikat Malik itu tertawa."
Jibril berkata, "Dia tidak pernah ketawa sejak Neraka diciptakan."

Abu Ya'la, "Wahai sekalian manusia, menangislah! Jika kamu tidak boleh menangis maka buat2lah menangis. Sesungguhnya Ahli Neraka itu menangis di Neraka sampai air mata mereka meleleh ke pipinya bagai anak sungai. Setelah air matanya habis lalu mengalirlah darah sehingga melukai mata."


~Terjemahan Kitab MUKASHAFAH AL-QULUB ; Iman Al-Ghazali~

Saturday, 8 December 2012

Resepi Paprik Thai


Paprik Thai



Paprik Thai Ayam


Bahan-bahan:
  1. 2 ulas Bawang Putih
  2. 5 ulas Bawang Merah
  3. 1 Batang Serai
  4. 4 Biji Cili (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
  5. Sedikit serbuk Kunyit
  6. Sedikit Belacan
  7. 3/4 Keping Daun Limau Purut
  8. Kacang Panjang/Carrot
  9. 1/2 Biji Asam Limau
  10. Sedikit Minyak Untuk menumis
  11. 1/3Ayam /Daging/Sotong/Udang

Cara membuatnya :
  1.  Kisar bahan-bahan 1 hingga 6. Sebelum tu, potong kasi halus bahan2 tersebut supaya senang nak di kisar.
  2. Masukkan minyak ke dalam kuali yang telah dipanaskan, dan tumis bahan-bahan yang telah di kisar tadi sehingga naik minyak.
  3. Masukkan Ayam/Daging/Sotong/Udang. Goreng sehingga masak dan separuh kering.Masukkan daun limau purut.
  4. Akhir sekali, masukkan perahan air asam limau, kacau dan sedia di hidangkan.


Selamat Mencuba, Peace (o_O)v





Saturday, 1 December 2012

Isteri Solehah


AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH

Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Sumber




ISTERI SOLEHAH :

  • Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

  • Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
  • Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

  • Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

  • Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
  • Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

  • Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

  • Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

  • Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

  • Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

  • Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

  • Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

  • Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

  • Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

  • Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

~Ustaz Azhar Idrus