nuffnang

Saturday, 30 November 2013

Cara Kurangkan Sakit Gigi

Sakit pada gigi kerana berlubang sangatlah tidak menyelesakan. Hendak makan susah, hendak bercakap susah, dan silap-silap mood terus hilang. Jadi berikut kami kongsikan beberapa kaedah rawatan yang boleh anda cuba dirumah untuk mengurangkan rasa sakit itu.



1. Berkumur Dengan Air Garam

Sakit gigi juga boleh diatasi dengan berkumur air hangat yang sudah dicampur dengan garam. Fungsinya adalah membersihkan gigi dari bakteria yang menyebabkannya sakit.

2. Mampatkan Dengan Air Panas

Cuba memampatkan gigi dengan air panas atau sejuk saat mulai merasakan sakit. Dengan demikian, gigi secara sementara akan mati rasa sehingga sakitnya pun tidak akan terlalu sakit.

3. Gunakan terapi uncang teh celup

Caranya, letakkan uncang teh ke dalam microwave dengan air selama 30 saat. Kemudian peras air di dalamnya dan gigit kantung teh di antara gigi yang sakit. Cara tersebut dikenali mampu mengurangkan bengkak dan meredakan sakit gigi.

4. Pakai Bunga Matahari dan Halia

Bunga matahari (60 gram), Halia (5 gram), dan air (600 cc).

Cara rawatan: Bahan tersebut direbus dengan 600 cc air hingga tersisi 300cc air. Kemudian airnya ditapis dan diminum sewaktu masih hangat. Lakukan setiap hari sampai gigi tidak terasa sakit.


5. Gosokkan Gigi Berlubang Dengan Asam Jawa

Sangrai biji asam jawa secukupnya, kemudian ditumbuk hingga halus. Gosokkan ke gigi yang berlubang dengan kain atau berus gigi.

6. Gunakan Tempurung Kelapa

Cara rawatan: kupas secukupnya tempurung kelapa yang sudah dibelah. Kemudian, ambil tempurung kelapa lalu bakar sampai keluar minyaknya. Selepas itu, ambil minyak tempurung kelapa tersebut dengan kapas. Lalu tempelkan ke gigi yang sakit. Nescaya dalam beberapa minit sakit gigi anda akan hilang.

7. Penggunaan Vitamin C

Vitamin C dalam buah-buahan mampu mengurangkan kesakitan akibat sakit gigi. Beberapa buah yang disarankan untuk dimakan: oren, kiwi, papaya, strawberi, dan epal.