nuffnang

Wednesday, 26 November 2014

Redha...


Apalah sangat kesedihan itu jika dibandingkan 
dengan segala nikmat hidup yang Allah Kurniakan..
Terkadang kita merasa kalah sebelum berjuang,
terasa sakit rebah tersungkur hingga xmampu lg teruskan perjalanan,
namun apalah sangat rasa itu jika dibandingkan dengan nikmat hari2 bahagia bersama insan2 tersayang, nikmat kesihatan yang berpanjangan dan segala nikmat2 Allah yg tak terhitung yg xmampu kami dustakan. 

Betul, luaran itu bukanlah ukuran cerminan kehidupan seseorang..
Disebalik senyuman mungkin tersimpan seribu kesakitan,
Disebalik tangisan mungkin tersimpan sejuta kebahagiaan,
Bukanlah semua insan itu sama bentuk ujiannya,
Namun mengeluh itu bukanlah tanda org2 yg beriman.
Dan sabar itu bukan semudah sebutan yang dilafazkan.
Jika tidak, tidak mungkin org2 yg sabar keranaMu itu Kau muliakan.

Allahhurabbi,
Sungguh Kau sgt menyayangi hamba2Mu,
Ya! Bukanlah Kau turunkan ujian dan dugaan itu jika ia tidak setimpal dengan bebanan hambaMu,
Sungguh..Allah itu maha adil, setiap ujianMu itu ada ganjaran yg Kau janjikan..
sesungguhnya, kami terima dengan ikhlas dan sabar, dan semuanya adalah keranaMu ya Rahman.
Semoga dengan rahmat dariMu, kami semua sentiasa hidup didalam keberkatan.
Bismillahhitawakkaltu'alalahwalahaulawalaquwwataillahbillah..
Lailahhaillahantasubhanakainnikuntuminazzalimin.

Mdmnissa

New Born

20 Nov.2014 : Jam 10.00 malam
Alhamdulillah,
Satu malam di hospital sungguh banyak perkara yang mengisafkan diri..
Wad Bersalin... seketika cuma disini, namun pelbagai cerita suka duka mewarnai.
Melihat ibu2 sarat membawa kandungan, sangat cantik dipandangan, tercuit keinginan yang lama terpendam...
pantas fikiran berjalan, helaan nafas tersekat dipertengahan jalan,
keluhan cuba ku elakkan, agar berlalu rasa itu menghilang...

Sirent Ambulans kedengaran...lantas berhenti diparkir halaman...kelihatan seorang ibu memakai sweater berkain sarung, sangat cantik dipandangan.. ibu itu keluar mengiringi bayinya yang barangkali punya masalah serius kufikirkan. sayu mata siibu melihat anak yang baru lahir terpaksa dirujuk kepakar, terasa berat nafas ini kulepaskan.
Ya Allah... jauhkanlah, nauzubillah, permudahkanlah urusannya Ya Allah..

Selang hanya beberapa saat, kekalutan tiba-tiba berlaku di hujung jalan, seorang ibu ditolak masuk ke dalam ambulans, terlihat seorang perempuan ditelan usia memberikan kekuatan..mungkinkah ibunya..?
Si suami memegang tangan lantas gugur tangisan yang tertahan, menghantar isteri yang bakal berjuang meneruskan perjalanan ke bilik pembedahan..
Ya Allah, Subhanallah, Maha suci Allah...
terasa sebak melihat satu persatu lakaran cerita di depan mata..

21 Nov 2014 : Jam 5.00pagi 
Pengumuman nama ibu-ibu yang selamat bersalin kedengaran.
Alhamdulillah, salah satunya merupakan kakakku, Syukur Ya Allah,
Wad 24 kami tujui, tak sabar melihat wajah comel yang dinanti-nantikan.

Kuhayun kaki melangkah masuk...penuh rasa keterujaan.
bunyi tangisan bayi menemani setiap langkah perjalanan,
Tercium bauan yang sungguh mempesonakan.
terpandangku kepada sepasang suami isteri, 
sungguh comel, sungguh bahagia...
Si suami mendukung bayinya yang baru dilahirkan, mencium manja penuh kesyukuran,
terus memandang isteri disebelahnya tanda penuh kebahagiaan, 
sayu hati, sebak, cemburu, terharu semuanya menjadi satu..
kupandang ke bawah menyapu lembut titisan air mata yang jatuh tanpa kusedari..
Ya Allah, kuatkanlah hati ini... sungguh ku cemburu...tersangat cemburu....

Akhirnya kusampai didestinasi yang dituju..
senyuman terukir mengubat sendu..
anakbuah ku didepan mata, kupeluk cium.. 
Subhanallah, harumnya bunga syurgaMU,
Sungguh terlalu cantik ciptaanMu..
Selamat datang kekasih baru, 
semoga hidupmu diberkati selalu..
Amin Amin Ya Rabbal'Alamin.











**Selamat datang Nik Amni Madihah adik perempuan  Arwah Nik Arsyad Musyrif**