nuffnang

Thursday, 22 October 2015

First Time

Apa yang pestime tuh? 

Sepanjang 27 tahun hidup ni, hari ni lah pestime nisa beli ikan masin kat pasar. hahaks!
adoiii ingatkan apa tadi kan...huuuu

Nisa sendiri pon baru perasan yang ini adalah pertama kali nisa beli ikan masin. Bertahun tahun dah kawin ni kalau nak di ikutkan...but dis is pestime i beli u.. (ingat kita tak penah masak lettew) kikiki ;)


Ikan masin (gambar ihsan google)



Tapi takdak lah banyak macam gambar kat atas tu pi borongnya.. nisa beli RM2 je pun. kekeke..Tapi tulah, nak wat cane.... Sebelum ini nisa duk makan ikan masin dari air tangan mak je. Tiap kali balik kampung, mak mesti bekalkan stock ikan masin yang mak buat sendiri. Kalau mak tak sempat buat, mesti kakak kakak nisa yang belikan sebagai buah tangan.
Selalunya, kalau stock tu habis, takpenah pulak terpikir nak topup beli kedai...tapi tetiba tekak ni teringin sangat nak makan ikan masin kan.

Pastu pi tengok dalam peti, uish dah habis pulak... hrmm, terus le pi beli kejap.. semangat kau jah! haha

Rindunya nak makan ikan masin mak, sedap, takde la masin cam beli kat kedai ni..Nak goreng mesti kene rendam dulu bagi kurang masinnye tu...hmm, esok nak masak gulai lemak ikan masin lah..
Tetiba, hahaks:)


Okey, Bye!








Friday, 9 October 2015

Ramly Halal Terbaik!

Finally!
Dapat jugak singgah menjamu selera kat Ramly Halal Kiosk di Outlet RHMSB Puchong Jaya, No 10. Jalan Cenuk 1, Bandar Puchong Jaya, Puchong.

Disebabkan masa keluar pagi tadi tak sempat nak breakfast, so nisa ngan Mr.N besepakat singgah bersarapan kat sini je.

 
Ramly



Tempat dia memang sangat cantik dan selesa. Look so yellow! Kat bahagian pintu masuk pulak, ada jual pelbagai jenis produk Ramly yang dijual dengan harga yang sangat sangat berpatutan. So lepas makan, nak shopping tambah stok dalam peti ais tu boleh la ye. Memang kedai 2 in 1 gittu.




Berikut menu simple yang kami order untuk isi perut yang sedang menyanyi riang.

Ramly- Cappuccino (cremor) RM 2.33
RHK Beef Smoke Sandwich Set 1x RM 6.25
RHK-B/Lembu Keju + Fries 1x RM 5.30


RHK Beef Smoke Sandwic


Ramly Fries

 Fries dia, Ya Allah, memang sedap sedap yakmat! dengan lemaknya tu..ummphh! memang tak mengecewakan bak hang. Hee:) Kalau nak bandingkan fries kat KFC, honestly nisa lagi suka fries ramly ni. teheee ^_^





 Kalau korang belum penah datang sini, nisa suggestkan korang datang cepat! haha paksa :)
Tapi memang betol, makanan dia sangat sangat dan sangat sedap dan harga dia pon cun gittu. Tak mahal dan memang tak mengecewakan, hihiks!


Ingat senang ke nak tangkap gambar dia!arghhhhh

Okey last! Sebelum balik, kita selpieeeeeeee. Krik! :))
 Yeayy dapat!
kbye!









Thursday, 8 October 2015

Buah Dokong

Tengok buah ni,  teringat kat ayahanda kat kampung....Buah peberet dia.

Kalau 2,3kg ada dpn mata, hrmm mau sekali sapu je dia habiskan.
Dulu sebab makan buah ni banyak sangat lah dia sakit meronta ronta tak dapat bernafas. Sampai tak sedar anak-anak bawa dia ke hospital. Doctor dah bedah dia pun dia still tak tahu.. bila sedar, dia tanya anak-anak.. nape dia ada kat hospital?  Kan dia dah cakap dia tak suka! Haha ayah...ayah...


Buah Dokong


Kadang-kadang kalau ingat balik sedih yakmat, memang waktu kejadian... kalut tu tokleh nak citer. Dapat je panggilan dari akak kat kampung yang ayah sakit, terus anak-anak di perantauan bergegas balik dengan harapan ayah akan pulih seperti biasa. Bila ayah bukak mata... ayah terus senyum...

"hrmm, anak-anak ayah semua ada kat sini? :'( 
kenapa balik? Susah susah je, ayah okey lah, dah tak sakit dah. takyah risau ye.... "

aduhai, sebak... terharu... gembira... tengok ayah senyum, kembali pulih dan sihat depan mata seperti biasa. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.




:: Sayang ayah selamanya ::





Wednesday, 7 October 2015

Layan Diri...

Bila Mr.N outstensyen je.. mula lah tak lalu nak makan. Tapi sambil sambil tak lalu pun sempat lah jugak godek-godek apa yang ada kat dapur tu. Disebabkan daging lembu hari raya aidiladha haritu ada lagi so terjadilah bihun sup simple ini..hiks!

Bihun sup


Ok lah kan dari biarkan perut tu kosong masuk angin.. Jom ler kita makan makan sambil layan citer hindustan Astro Zee 108. Dhadkan tu..oh epic! i loike Akhsay Kumar, sebab hidung dia mancung straight macam pembaris. Kbye!







Resepi Ayam Paprik

Ayam Paprik
Ayam Paprik

 Bahan-bahan
  •  2 keping dada ayam - hiris nipis
  •  2 ulas bawang putih - hiris
  •  2 ulas bawang merah - di hiris
  •  1/2in halia - hiris halus
  •  1/2 labu bawang besar - dibelah memanjang
  •  1 biji cili merah - dihiris serong
  •  4 biji cili padi - di ketuk sedikit
  •  1 batang serai - di ketuk
  •  2 helai daun limau purut
  •  2 sudu makan cili kering kisar
  •  2 sudu makan cili sos
  •  2 sudu makan tomato sos
  •  1 sudu makan sos tiram
  •  sedikit kicap manis
  •  sedikit garam
  •  1/2 cawan air

 Sayuran-sayuran
  •  Bunga kobis - potong kecil
  •  2 biji putik jagung - dihiris
  •  1/2 biji karot - dihiris memanjang
  •  2 tangkai kacang panjang - dipotong 1 inci

Cara-cara :
 1. Panaskan minyak, goreng hirisan ayam hingga berubah warna menjadi keputihan. Tos dan ketepikan.
 2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
 3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
 4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam dan gaul hingga rata.
 5. Masukkan air, serai dan daun limau purut, biar mereneh, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
 6. Masukkan bawang besar dan sayuran-sayuran yang di hiris. Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat. Masak hingga sayuran empuk.
 7. Hidang bersama nasi putih.





 ❤ Selamat Mencuba ❤





Tukar Design Blog!

Ngantuk lagi sebenarnya ni.. Satu malam tak tido asyik duk pulun tukar design belog ni. Tujuan tukar design adalah tak bertujuan benornye..haha. Lagipun bila asyik duk lepak je kat pinggir blog ni everyday..... day by day from time to time, so timbul lah kerajinan untuk tukar tukar apa yang patut biar sedap mata memandang gittu. Heee! Even tak cantik gempak extravaganza pada mata korang.... 
Selesa dan menenangkan jiwa sendiri tu pun dah cukuplah cik kiah oi, huhu ;))




Selamat tinggal, my old blog design..!!
Orang lain duk sibuk cari jalan nak kejar dan tingkatkan traffic, belajar Seo dll... yang nisa ni taktau lah nak kejar ape..dah nama belog syok sendiri khan, haha! Time rasa nak share info kita share, time taknak tu, usah dipaksa lah..memang tak jalan! haduuuuududu.
Tapi sibuk sebenarnya...ecececeee!





Welcome to my blog! hi new look !


Biar lah tak cantik di mata orang lain pun, asal hati dan jiwa ini tenteram aman damai umpama masuk dalam bilik tido yang berhawa dingin pada musim panas yang hangat membara jiwa dan raga. Kekekeh



:: Have a nice day ::







Tuesday, 6 October 2015

Cara "Off" Automatic Video di FB

Semenjak video kat facebook ni di automatik kan play / "on" ni...
Buka je facebook habis kuota, bukak je habis, bukak je habis! huhu
Pastu pulak dia ter'auto play kan video yang seram seram gittuw! arghhhh! kacau ketenteraman kite memalam tau. hiks!
Tak pasal pasal  kuota membazir kat situ kan...hmmm
Kalau pakai wifi free tu nopoblem la, tapi yang pakai kuota ni... hm mau ler berasap bila internet slowmotion sepantas kilat je kan. huuu
Tambah pulak bila fon yang dah memang sarat sangat memorinya ni tetiba jadik heng.. hah hencusss betambah ler jawabnya! Kuikui

Video play automatically on FB
 
 
So bagi sesape yang taknak video kat facebook dia tu automatic on time scroll down news feed kat facebook... Anda bolehlah follow tutorial berikut untuk proses "off" kan automatic video nye ye.


Cara-cara "Off" Automatic Video di FB


1. Pergi kat menu bar telefon pintar anda, cari butang setting

Setting FB
 

2. Seterusnya, cari video play automatically, dan klik untuk tukarkan on kepada off.

Off video play automatically


Ok dah! Siap! Senang je benornya. hehe
Jom jimatkan kuota internet anda sekarang dengan video video yang berfaedah SAHAJA! daaa^^