Sunday, 5 April 2009
Coretan di tabir malam..
Disaat angin menderu penuh kesyahduan
disaat itu jualah hati ini gelisah tiada tenteram...
lambaian langsir di tingkap depan
melentok lembut mengikut tiupan..
detikan jam kedengaran...
apakah sepantas denyutan jantung ku berkejaran..
apakah yang perlu ku buat?
terus pergi atau menunggu?
apakah yang mampu ku lakukan?
terus berdiri atau membisu?
bagaimanakah kesudahanya?
suka kah atau pilu???
semakin kubuang segala persoalan..
semakin bertambah ia menerjah ruangan fikiran...
sedikit coretan di tabir malam
tak bisa meluahkan bebanan yang bertandang..
moga terus berlalu detik kegusaran
moga pantas datang saat ketenangan..
agar tabir malam
bisa ku tutup dengan tirai kebahagian.
kabulkanlah YA RAHMAN
amin YA RABBAL 'ALAMIN~
Thursday, 19 March 2009
Salam Ukhuwahfillah
Kadang2 ada banyak perkara yang tersirat dihati
namun sayang tak mampu diterjemahkan dalam lisan kata
bahkan tak mampu juga dialirkan rasa dalam untaian ayat bahasa...
mungkin....
mungkin sahaja tuhan mahu segala rasa itu
menjadi rahsia hati antara kita dan DIA
malahan mungkin sahaja hanya DIA yang layak mengetahui
apa yang berselirat dihati kita.
namun sayang tak mampu diterjemahkan dalam lisan kata
bahkan tak mampu juga dialirkan rasa dalam untaian ayat bahasa...
mungkin....
mungkin sahaja tuhan mahu segala rasa itu
menjadi rahsia hati antara kita dan DIA
malahan mungkin sahaja hanya DIA yang layak mengetahui
apa yang berselirat dihati kita.
Sunday, 22 February 2009
Alam Impian
Minggu ni kami ditugaskan membuat assignment berkaitan dengan Alam Impian. Kami perlu hasilkan satu video untuk mendokumentasikan keindahan di sana.
Banyak benda yang nak kene pikir, nak kene atur dan buat...walaupun agak penat, namun kami seronok bekerja bersama secara kumpulan.
![]() |
| Story Board |
Proses menyiapkan story board untuk perbentangan keesokkanya. Selepas tu kami kene shooting berdasarkan story board yang telah disiapkan
| Alam Impian |
Pemilihan lokasi, pembikinan video, lakonan yang bakal di persembahkan perlu dipikirkan secara kritikal.
supaya semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah
| Antara lokasi di Alam Impian |
Nak berlakon ni bukan senang ekau!..hapal dialog satu hal, nak action acting je, terus gelak. Susah la xdapat menghayati watak. Banyak kali kot kene ulang benda yang sama..sampai kameraman yang rakam pon bergegar tahan gelak. hahaha... tapi ape pun sonok sangat!
| Salah satu taman permainan di Alam Impian |
| Deretan rumah |
Chopp! jangan ganggu, org kat atas tu tengah menghayati watak...haha!
Cantikkan mural dak2 bacth kami buat.. ^_^
Posing cover DVD untuk bagi lecturer nanti.
![]() |
| Editing |
Lastly, proses mengedit video...sampai subuh kot buat mende alah ni. Time pegi assesment pun xsempat nak tido. huhuhu...penat sangat2.
Apepun...Enjoy!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)



