nuffnang

Thursday, 14 July 2016

Panduan Bila Menziarahi Orang Sakit dan Meninggal

Setiap detik akan ada insan yang meninggal dan setiap detik juga ada insan yang dilahirkan ke dunia.

Kematian


Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya.

Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Sejajar dengan itu maka terbitlah risalah kecil ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti.

Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.


Melawat Orang Yang Sakit


Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya :

“Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu.”

Hukum melawat orang sakit

Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya :

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. 
(Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)



Adab Menziarahi Pesakit


1. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
2. Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.

3. Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. 
Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : 
Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : 

“Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.

4. Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
5. Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.
6. Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).






Tanda-tanda Orang Yang Hampir Ajal


1. Tunduk hidungnya (hidungnya jatuh).
2. Pucat/hilang cahaya mukanya.
3. Lurus kakinya (lurus tapak kakinya).
4. Tumitnya lembut.
5. Renggang pergelangan tangannya dan juga sendi-sendinya.


Adab Menziarahi Orang Yang Hampir ajal (sedang nazak)


1. Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.
2. Talqin/peringatan kepadanya.
3. Ajarkan dia mengucap kalimah لا اله الا الله tidak usah ditambah dengan kalimah محمد رسول الله .
4. Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.
5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.



Hikmah Menziarahi Orang Sakit


Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.



Kedatangan Sakaratul Maut


Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
“Tidak akan keluar nyawa seseorang mukmin sebelum ia melihat tempatnya dalam syurga dan tidak keluar nyawa seseorang kafir sebelum dia melihat tempatnya di dalam neraka”.
Beredar Roh Pada Jasad

1. Hujung kaki ke lutut.
2. Lutut ke pusat.
3. Pusat ke dada.
4. Dada ke leher (halkum).



Keadaan Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa




Keadaan Malaikat Maut terhadap orang yang sudah sampai masanya menemui Allah swt akan menemui 2 keadaan :

1. Yang beriman (keadaannya dengan rupa yang mengembirakan).
2. Yang tidak beriman (keadaannya dengan rupa yang menakutkan dengan keadaan demikian kesakitan orang yang hampir mati tidak dapat dirasai oleh orang lain melaikan kepada mereka yang merasainya sahaja.
3. Beberapa ulamak berpendapat : “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.



Perkara Sunat Selepas Kematian.




1. Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.
2. Sunat diucapkan : 
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.
3. Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. 
Doa Takziyah : 
“Moga-moga Allah swt menagndakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.
4. Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. 
Doanya ialah : 
“Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.
5. Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.
6. Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.
7. Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.
8. Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).
9. Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah saw enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.
10. Segerakan pengurusan jenazah tersebut. 
Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah saw mahfumnya : 
“Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.
11. Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.
12. Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis.
13. Diharamkan berkabung melebihi tiga hari.



Sunat Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Yang Meninggal


Perbuatan ini disunatkan, kerana ia merupakan kewajipan dan pendekatan diri kepada keluarga mayat dan tetangga. 
Berkata Imam Syafi’e : 
“Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga mayat cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari satu malam, kerana itu adalah sunat dan merupakan perbuatan orang yang berbudi”. 

Sabda Rasulullah saw :

“Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’afar, kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memilukan”. 
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmizi)

Para Imam memandang makruh hukumnya jika keluarga mayat menyediakan makanan buat orang yang datang kerana hal ini menambahkan kemalangan mereka, serta meniru perbuatan orang-orang Jahiliah.

Adalah menjadi kewajipan ke atas ahli keluarganya yang terdekat (warisnya) untuk menguruskan jenazah. Seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.











Wednesday, 13 July 2016

Tulisan Jawi Dan Kenangan

Tulisan Jawi


Lama sangat dah tak baca dalam tulisan jawi ni...
masa duk belajar kat Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan (mmppp) dulu, tulisan ini lah yang menjadi peneman bacaan pengajian siang dan malam.


Alhamdulillah walau pacaindera kini seringkali berteman tulisan rumi segenap ruang, namun masih diberi kesempatan utk melihat, mengenal mahupun membaca satu-satunya tulisan warisan Dunia Melayu yang wujud sekitar tahun 1300 M yang semakin hari semakin dilupakan generasi kini .


Teringat zaman kat mmppp mesti nak nangis. 😢 Rindu kawan-kawan yang memang takkan jumpa kat mana-mana dah 😒


Bila teringat kenangan first time kene qiammulai.. Allahhurabbi, taktahu nak cite bertapa nikmatnya hidup waktu tu . Kenagan dan memori-memori indah dulu masih segar bermain diruang fikiran. Rindu!


Betullah orang kata, alam persekolah adalah detik dan waktu yang paling indah ...


Jadi kepada adik-adik yang masih belajar tika ni, gunalah kesempatan yang Allah berikan kepada kalian dengan sebaik mungkin,
sebab kenangan zaman persekolahan ni tak mungkin dapat kalian beli dengan wang ringgit pada masa sekarang mahupun akan datang. Apatah lagi bila difikirkan tak semua orang dapat merasakan.
Rasai dan hayati lah sehalus mungkin. Lalui dengan sebaiknya supaya ia menjadi kenangan abadi yang terindah yang pernah kalian lalui dalam kamus kehidupan kalian. hmmm







~TQ for reading this entry~








Wednesday, 20 April 2016

Episod 1 : Peristiwa itu ?


16 April 2016

Kereta dipandu Mr.n bergerak perlahan . Desiran angin kedengaran menyapa lembut di telinga . Suasana sunyi dan sepi menemani kami. Nisa masih berdiam diri, tanpa sebarang kata, masih berkecil hati dengan peristiwa tadi . Mr.n memberi nisa ruang, seperti selalu ... dia tahu rajuk nisa tak lama, kejap lagi nisa pasti bersuara . Hurmm, memang itu cara nisa . nisa tak suka bercakap atau berbincang saat emosi tengah tak keruan. Bimbang nanti akan melukakan hati suami yang selama ini nisa hormati dan sanjungi. Biarlah sejuk dulu hati yang terluka ini, nanti semuanya akan berlalu seperti biasa . pasti nisa akan meluahkan , berbincang serta memohon maaf atas segala galanya nya yang berlaku tanpa nisa sendiri ingini.

Mr.n memberhentikan kereta .

 "Oh, dah sampai rumah rupanya . . ." bisik hati nisa.

Dengan pantas kunci rumah di ambil dan pintu kereta di buka .
Nisa mengatur langkah ke pintu pagar, unlock . Gate di buka selebarnya, biar mudah mr.n masuk untuk parkir kereta putih itu nanti.



 Jam 9 malam
Selamat sampai di rumah.

"Assalamualaikum" nisa memberikan salam.

Pintu utama di buka, kaki kanan di hayun mengatur langkah, memasuki rumah yang sudah dua hari kami tinggalkan.
Sedar tak sedar sudah empat bulan nisa tinggal di sini. cepat sungguh masa berlalu, rasanya baru semalam nisa balik menetap di kampung, buka perniagaan sendiri tanpa tekanan dari sesiapa lagi. Namun semuanya memerlukan komitmen yang tinggi, agar segalanya berjalan dengan lancar seperi yang dirancang. Biar betapa sukar onak dan ranjau perniagaan yang nisa ceburi, sekali nisa melangkah tak mungkin nisa undur lagi.

Benar, 
Bekerja sendiri itu memang penat, tapi kepenatan yang terasa sangat berbaloi dan teramat indah untuk diungkapkan. Hari-hari yang berlalu tiada waktu sesaatpun dipersia. nisa dan mr.n masing-masing sibuk menguruskan perniagaan masing-masing. Hingga tanpa kami sedari, rumah-rumah kosong di taman kami semuanya sudah berpenghuni... sedangkan waktu kami berpindah dulu , masih ada 11 buah rumah yang kosong di taman ini,  termasuklah rumah yang disebelah kanan, depan dan belakang rumah nisa... tapi sekarang, semuanya penuh, riuh dengan suara comel kanak-kanak yang sedang bermain bersorak dan bergembira.

Nisa dan Mr.n pula jarang balik ke sini. biasanya dalam seminggu, dua atau tiga kali je nisa bermalam di rumah kami. Jam 9 pagi nisa akan ke kedai, buka kedai sampai kul 6 petang. Sebaliknya, waktu tu Mr.n baru balik kerje dan terus ke rumah maknya. Bila dah habis waktu kerja nisa, kadang malam lepas isyak baru kami pulang ke rumah kami. kadang tak balik sampai dua tiga hari, sebab jam 2 pagi nanti mr.n akan berangkat ke tempat kerja pulak. singkatnya rasa masa yang berlalu itu pergi saban hari.. 


"Nisa..."
kedengaran suara mr.n memanggil dari jauh.

"Ya" 
Sahut nisa perlahan dari dalam bilik

"Awak ok tak ni"
tanya mr.n mendapatkan nisa di bucu katil.

"Penat"
jawab nisa perlahan lantas menepuk nepuk bantal,  bersedia untuk baring merehatkan tulang 4 kerat yang kepenatan setelah seharian bekerja.

"Saya rehat kejap ye" 
kata nisa kepada mr.n agar dia mengerti yang nisa masih tiada mood untuk berborak panjang.

"kalau nak minum, air saya dah sediakan atas meja tu. kalau tak nak nanti jangan lupa simpan dalam peti ais tau. nasi pun ada tu . saya buat nasi goreng je . awak makan lah ye, saya nak rehat kejap je"

Seperti selalu, Mr.n menghadiahkan nisa senyuman, dan berlalu pergi....



Jam 3 Pagi

"Abang! tolong! Kemas bang, lari! " 
Jerit Nisa kearah Mr.n yang berada disebelah nisa.

"Abang ! Abang ! Jom kita kemas beg ! cepat ! abang! " 
Jerit nisa lagi.

"Abang, tolong! bangun! abang ! " 
Mr. n masih lagi diam membisu. tak bergerak !

Tiba-tiba kelibat lembaga itu datang lagi menghalau nisa..

"pergi kau dari sini, ini tempat aku !"


bunyi suara itu seakan akan bergema di corong telinga ni. Allah....
bergema lagi, lagi dan lagi.....

Tiba-tiba ditunjuk kuku nya yang panjang, hitam kekuningan .tangan berkedut buruk sehodoh hodohnya.. takutnya, Allah ! Suara itu datang lagi,
kedengaran mendengus memberi amaran, meminta nisa berpindah secepat mungkin.

"Allah, Allahhuakhbar! Allahhuakhbar!"

Mr.n masih tak berganjak, tidor sekusyuk kusyuknya!!
Ishhh  tak kan aku sorang kot yang nampak!. Allah. seramnya.. nisa menggigil ketakutan.

"Abang!" 
panggil nisa lagi tanpa henti...

"Abang, kenapa abang tak hiraukan nisa... abang!"

terus nisa menagis sekuat mungkin sambil mulut terkumat kamit membaca ayat-ayat suci.
Tetiba, susana menjadi gelap...sunyi, hilang suara gema tadi..bersama kelibat lembaga tadi. Hilang!





Jam 8 pagi
Keesokannya, perjalan ke tempat kerja,


Mr. n cuti , jadi sempat lah ganti nisa pagi ni uruskan kedai sementara nisa siapkan tempahan custermor...

Mr.n drive perlahan sambil menikmati angin pagi yang agak dingin, tanpa berlengah nisa membuka bicara...

"Kenapa abang buat tak tahu je bila nisa panggil abang semalam?"
Terus nisa lupa masalah sebelum ni. 
Sekarang nisa cuma nak dia jawab persoalan tentang kejadian jam 3 pagi semalam je. Tak puas hati betol kenapa dia boleh buat 'derkk' je bila nisa panggil.

"Panggil? bila?"
tanya dia kembali, sekali sekala memandang nisa dengan wajah kehairanan.

"Semalam la, nisa panggil abang kemain kuat lagi, abang boleh lena tido ye. sampai hati abang,... 
ermm, abang tak nampak ke benda tu sebelah abang semalam?"

"Benda tu? benda apa?" muka mr.n terus berubah.
"Sah nampak apa?" tanya dia meminta kepastian.

"hurmmm, tak apa lah"
maknanya, aku sorang je la yang nampak, dia memang kalau dah tido, paham sangat. memang tido mati. Tapi takkan lah sekuat kuat aku menjerit semalam, sikit pun dia tak dengar??? bisik hati nisa.
Mr. n pandang nisa lagi, menanti dan menunggu penjelasan.

"Takdelah, nisa kalau dia buat bunyi-bunyi nisa ok lagi. macam duk rumah flat puchong dulu pun, memang nisa selalu dengan orang tengah main guli kul 3,4 pagi, orang duk pindah perabot la, duk melesung la, Tapi bila pikir balik dah kenapa kul 3, 4 pagi dorang duk kalut buat bunyi itu ini., time tu memang la takut, tapi nisa kuatkan jugak , gi amik wuduk bukak quran, baca sampai nisa rasa ngantuk. lepastu bunyi tu hilang, seminggu dua. pastu datang lagi. Nak kata tak baca quran, hari-hari baca. tapi still jugak bunyi. tapi nisa selalu la cakap, kalau setakat bunyi takpe lagi, boleh ignore lagi, cuma nisa harap nisa dijauhkan la nampak bentuk rupa dia. nauzubillah. memang nisa tak nak!

Tapi semalam...?
Setelah 4 bulan nisa tinggal di rumah tu, sepanjang hidup nisa la kan, ini lah pertama kali nisa nampak depan mata nisa. Alhamdulillah, nisa tak nampak muka dia, nisa just nampak kelibat lembaga tu dengan tangan dia yang buruk tu. Tapi itu dah cukup buat nisa tak keruan sampai tak sanggup nak duk sorang-sorang lagi dah".

Mr. n diam...

"Betul ke abang tak dengar?"
Betulke abang tak nampak?" tanya nisa lagi...

"Ye, abang tak dengar apa-apa dan tak nampak apa apa. Tapi abang rasa, makhluk tu ingat rumah tu rumah dia la, sebab masa kita balik, semua rumah kosong kat taman tu dah penuh, jadi kebetulan rumah kita tak berpenghuni, dia ingat tu tempat baru dia la kot. Tapi tak pe lah, jangan risau, takde apa-apa lah tu, nanti abang solat hajat, 'pagar'kan rumah tu sekali lagi... nisa jangan putus-putus baca quran k. Lepas ni, lewat macam mana pun, kita kene jugak balik rumah... tak boleh biarkan rumah tu kosong lagi dah"
Kata mr.n panjang lebar.

"Ok, nisa pun rasa macam tu. tak nak la nanti ... makhluk tu ingat rumah tu rumah dia pulak." balas nisa

Perjalanan di teruskan dengan perasaan yang sedikit gundah gulana. Nisa cuba menepis bayangan semalam yang agak mengangu nisa sejak semalam, namun ia tetap jua datang.

Ya Allah, macam mana kalau malam ni dia datang halau kami lagi?



Nisa mengumpul keyakinan yang terlalu sukar untuk nisa dapatkan.. Mr.n memandang nisa dengan senyuman seolah olah memberi isyarat agar nisa tidak memikirkan tentang itu lagi.

Nisa cuba , nisa cuba menepis pelbagai gelodak rasa di jiwa yang sejujur jujurnya nisa rasa tidak tenteram. Nisa cuba berzikir agak hilang segala kekusutan di fikiran, cuba menepis rasa hati yang gundah sambil menanti saat malam nanti tiba, yang nisa rasakan seakan terlalu pantas masa itu berlalu..



Apakah nisa dapat lalui malam seterusnya?
nantikan sambungan seterusnya ye....