Gastrik Angin
Aku merupakan pesakit tegar Gastrik. Bila sakitnya datang, Allah...hanya DIA yang tahu bagaimana rasanya. Nisa sendiri tak perasan bila waktunya Nisa di sahkan mengidap penyakit ni. Setahu Nisa, ramai yang ada gastrik, so Nisa ingat ia adalah sakit biasa-biasa je. Namun Nisa seringkali dihantui sakit kepala, loya dan macam-macam lagi. Memandangkan Nisa mula merasa sakit ulu hati, Nisa mula rasa bimbang hinggalah kekadang perut ni mengeras akibat terjahan angin yang bergerak macam baby dalam rahim.waaa, sakit, senak, perit semua ada..
|
asid yang dirembeskan di dalamperut |
Akibat tak tahan dengan simpton-simptom tersebut, Nisa pegi jumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan Nisa .Yerlah, risau jugak kot2 ada penyakit lain kan.
.
.
.
Hmm, memang sahlah gastrik...
Doktor cakap kenapa terjadinya gastrik antaranya;
- Waktu pemakanan tidak teratur, lambat makan, selalu tinggal breakfast
- Gaya hidup yang tertekan (stress)/Tekanan melampau hingga sukar tidur malam mengakibatkan perut menghasilkan asid yang berlebihan
- Jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut
- Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan,jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser
- sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
- rasa pening kepala.
- mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
- muntah.
- badan rasa lemah lesu.
- berat badan menurun.
- najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah)
memang betol lah...Nisa ni jenis yang suka skip breakfast, tambah2 waktu belajar dulu...selalu je tahan perut pegi kuliah,kekadang bila Nisa rasa lapar je Nisa bantai je maggie kari walaupun waktu pagi buta pastu siap tambah cili 2,3 biji nak kasi lagi pedas...ada tu sampai 9 biji you!(yang ni Nisa rasa cili 2 mmg xpedas kot)hehe..tapi tu waktu belajar 3/4 tahun dulu ok.
kesan daripada pemakanan yang haru biru tersebutlah Nisa mengalami gastrik sekarang. Oleh itu, kepada uolls yang berstatus mahasiswa/i tue, kene lah jaga pemakanan ye,kalau takmao jadi cam Nisa ...sakit weiiii.sungguh, sakit sangat...memang lah time makan sedap kemain, & Nisa tahu as a student, memang susah nak melarikan diri dari diselubungi 'misteri tabiat makan maggi ittu'. cannepun, anda mestilah mencegah tabiat itu kerana itulah yang terbaik untuk kesihatan diri anda. cehhh
Bak kata pepatah :
"Apa yang diterima di mulut tak semestinya dapat diterima di perut" ye dokk?
Perut ni sebenarnya kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur @ menghadam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak @ menghadam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghadamkan @ mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.
Pesan doktor:
pengidap gastrik ni kene sentiasa jaga makan. itu yang paling utama ok, lepastu kene selalu baca Al-Quran supaya hati tenang dan mengelakkan kita berfikir bukan2. Buat lah apa aje yang boleh menghilangkan strees kita. Masing2 ada cara masing2.. kepada yang suka baca buku, baca buku, yang suka shopping, pergi bershopping (tapi jangan sampai stress sbb duit habis udah la yep)hehe,tak pun bole pegi jalan2 beriadah or anything else yang dapat membahagiakan dan menghiburkan diri.Ini semua adalah penting untuk mengelakkan kita banyak berfikir seterusnya mengakibatkan terhasilnya lebihan asid di dalam perut.
okey, kat bawah ni ada sedikit info yang di petik dari
sumber :
Tanda-tanda penyakit gastrik:
1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan penyakit gastrik:
1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
6. Elakkan makan terlalu kenyang
7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
uwaaaaaa .....T_T, semua peberet xley mamam dah..uhukkk...
sesungguhnya, demi kesihatan yang baik...kenelah REDHA....
~Semoga Sihat Selalu-Amin~