Ramai wanita cuci rambut hampir setiap hari, kalau boleh setiap hari bila mandi dicucikan sekali rambut kerana merasakan rambut berada dalam keadaan yang tidak baik. Ada setengah wanita cuci rambut setiap hari kerana bila mereka tidak cuci rambut akan kelihatan buruk dan kulit kepala gatal. Sebenarnya setiap orang lain hal dan punya masalah sendiri. Punya rambut bersih dan wangi adalah perkara yang selalu diutamakan wanita. Namun anda tidak perlu cuci rambut setiap hari kerana rambut yang kotor ternyata memberi pengaruh yang lebih baik.
Lebih Mudah Digaya
Ingatkan anda dengan permintaan penata rambut di salon untuk tidak mencuci rambut sekurang-kurangnya sehari sebelum rambut dimain oleh mereka? Kerana rambut yang baru dicuci lebih ‘ licin ‘ dan sukar untuk digayakan walaupun sudah diletakkan hairspray. Rambut yang belum dicuci sehari atau dua hari lebih mudah ditata rias.
Lebih Sihat
Jika anda mencuci rambut setiap hari, mungkin minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala hilang. Padahal minyak alami itu berfungsi menjaga kelembapan kulit kepala dan membuat rambut tetap lembut. Maka mencuci rambut dua hari sekali lebih disyorkan.
Sumber
Sumber
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^