Kesihatan gigi atau mulut sangat berkait rapat dengan kesihatan keseluruhan tubuh seseorang, malah doktor dan saintis terus mencari hubung kait antara penyakit mulut dengan penyakit lain. Ramai yang masih memandang remeh tentang penjagaan gigi walaupun sedia umum mengetahui kekurangan amalan penjagaan mulut mampu memberi kesan kepada emosi. Namun begitu, penjagaan gigi yang betul termasuk membersihkan gigi dengan kerap mampu mencegah masalah tersebut. Malahan gigi yang bersih dan cantik sebenarnya memberi keyakinan kepada orang yang menjaganya dengan cara yang betul. Pakar bedah pergigian yang juga angkasawan Negara, Dr Faiz Khaleed, berkongsi beberapa tip penjagaan gigi dan menerangkan kepentingan penjagaan mulut sempena kempen ‘Penjagaan Mulut Sempurna Untuk Senyuman Meyakinkan’, yang dianjurkan Oral-B baru-baru ini. Ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penjagaan mulut dengan lebih sempurna iaitu dengan memberus, memflos dan membilas.
Berikut adalah beberapa tips penjagaan gigi :
*Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. Cari doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan anda perlu tunjuk minat tentang kesihatan mulut dan gigi.
Jika anda telah melakukan disiplin penjagaan gigi dengan betul, rutin berjumpa doktor gigi dua kali setahun boleh bertukar kepada sekali setahun sahaja.
Jika anda telah melakukan disiplin penjagaan gigi dengan betul, rutin berjumpa doktor gigi dua kali setahun boleh bertukar kepada sekali setahun sahaja.
*Plak ialah selaput melekit tidak berwarna dan dihasilkan bakteria yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Menggunakan berus gigi dengan teknik yang betul, flos dan berkumur mulut adalah cara termudah untuk menyingkirkan memastikan plak.
*Menerapkan tiga elemen sewaktu mencuci gigi iaitu berus, flos, dan kumur. Bukan hanya memberus. Sangat penting mulut dijaga bersih dengan tiga elemen ini kerana plak adalah punca masalah utama mulut seperti bau busuk, pereputan gigi dan penyakit gusi.
*Berus gigi dua kali sehari dan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari.
*Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya berus gigi di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal.
*Gunakan berus gigi yang sesuai dan tukar setiap tiga bulan.
*Jika suka makanan manis, anda perlu minum air putih selepas makan. Efek yang sangat ketara dapat dilihat apabila anda mengamalkan minum air kosong selepas makan sesuatu yang manis dan berwarna seperti minum kopi berbanding dengan orang yang tidak minum air kosong atau berkumur selepas makan.
*Apabila anda minum kopi atau merokok, pastikan gigi diberus supaya kesan kuning kurang pada gigi.
Kurangkan makan makanan manis, terutamanya sebelum tidur. Makanan manis menyebabkan banyak bakteria dan kuman mudah melekat pada gigi.
*Sekiranya anda tidak membersihkan gigi dengan baik setiap hari, risiko mendapat pereputan gigi akan meningkat. Tanda-tanda awal pereputan gigi termasuk lubang pada gigi, kesakitan ketika menggigit atau rasa sensitif dan sakit gigi. Oleh itu, beberapa tip mencegah gigi daripada rosak disebabkan bakteria ini mungkin berguna kepada anda. Jika kita memiliki gigi dan gusi yang sihat, maka kuranglah bakteria yang akan masuk ke dalam salur darah dan merebak ke bahagian tubuh lain, malah kualiti hidup akan menjadi lebih baik. Nampak, baca, “tanam”, dan amalkan!
Cara Mudah Untuk Jadikan Amalan
*Beli dan letak alatan pencuci gigi (berus, flos, cecair kumur) di dalam tandas, tempat gosok gigi. Jika kita nampak barang keperluan yang sedia ada di depan mata, ini lebih mudah untuk kita amalkan sesuatu yang bukan tugasan harian.
*Flos bukan sesuatu yang mudah untuk kita buat, tambahan pula dengan jumlah 32 celahan gigi. Namun kita boleh mulakan flos gigi dengan seminggu sekali bagi tanamkan minat dalam diri. Lama-kelamaan, cara ini boleh bertukar menjadi tabiat, mungkin setiap hari!
Perkongsian yang bagus dan penuh infomasi..
ReplyDeleteKebetulan pula..AM juga ada sediakan ebook cara putihkan gigi tanpa bahan kimia..
FREE download sahaja..Cara Putihkan Gigi
Artikel Paling HOT..
HOT ITEM LeoRa Fragrance 4 Women
HOT ITEM LeoRa Fragrance 4 Men
Follow blog AM DISINI
Hadiah daripada AM untuk sahabat AM DISINI
Terima Kasih
AlongMisuari