Kepada anda diluar sana yang menyimpan dan berhajat untuk membuang toto yang sudah lama tidak digunakan tu, mohon batalkan dulu niat anda dan cuba kitar semula toto yang tidak digunakan tersebut menjadi sesuatu yang baru dan berguna untuk anda.
Nisa ada dua bijik toto yang dah lama tidak digunakan. hmm, dah berhabuk dah pun sebab lama sangat simpan dalam stor tu. Mulanya duk pikir nak buang je. Tapi terdetik pula rasa sayang nye tuh timbul dihati ini.
Pikir punya pikir, keluar pulak idea... hmm, elok juga kalau toto ni di jadikan bantal kan. So apalagi, terus pi cari gunting, benang, sarung bantal yang tersimpan untuk memulakan operasi seterusnya.
Pertama sekali, gunting toto yang tidak digunakan tadi mengikut saiz yang diperlukan
Lipat toto tersebut mengikut ketebalan yang diinginkan
Jahit setiap bahagian hujung yang dilipat tadi supaya ianya tertutup dan menjadi bentuk sebijik bantal
Masukkan ke dalam sarung bantal dan siap!
Jahitan pada toto
Ok, ini adalah contoh jahitan tangan pada toto yang dilipat dan dijadikan bantal tadi. Walaupun tak cantik jahitannya tapi tak apelah, sebab nanti nak masukkan dalam sarung bantal jugak kan. hehe
Taraaa! Akhirnya toto yang mulanya nak dibuang tadi sudah siap dijadikan bantal. Ok la kan, kalau beli bantal ni dah berapa RM dah kan. Jimat! Sekurang-kurangnya kekabu toto ni tahan lama sikit jika nak dibandingkan dengan bantal kat shopping complex sekarang ni.. yelah, pakai dua tiga bulan aje dah kempis gaya macam tido tak berlapik atas lantai.hehe
So apelagi, moh ler kita tido! kan sunat tidur sebelum solat jumaat! Jangan terlajak tido dah ler..hahaks
Firstly, Thank you so much kepada dua orang adik comel ni sebab kerana anda berdua, nisa baru tahu akan kewujudan lagu yang begitu indah ini.
Oleh kerana penghayatan nyanyian yang begitu padu itu, buat nisa ulang tayang banyak kali dan terus cari liriknya tanpa rasa sabar lagi dah! hehe, Thanks!
Lirik Saat Lafaz Sakinah (Far East)
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
ohhh..................
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya.
Kenapa tetiba rasa nak nangis ye dengar lagu ni..hmmm..indah dan merdu! :'(