nuffnang

Monday, 1 June 2015

Lirik Saat Lafaz Sakinah (Far East)

Far East : Saat Lafaz Sakinah

Firstly, Thank you so much kepada dua orang adik comel ni sebab kerana anda berdua, nisa baru tahu akan kewujudan lagu yang begitu indah ini.
Oleh kerana penghayatan nyanyian yang begitu padu itu, buat nisa ulang tayang banyak kali dan terus cari liriknya tanpa rasa sabar lagi dah! hehe, Thanks!




Lirik Saat Lafaz Sakinah (Far East)

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

ohhh..................

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya.





Kenapa tetiba rasa nak nangis ye dengar lagu ni..hmmm..indah dan merdu! :'(

Selamat menghafal liriknya ^_^





2 comments:

  1. Hari pertama suami menggalas tanggungjawab..hari terakhir menggalas tugas ibu ayah..sebak..

    ReplyDelete
  2. hahaha lawak sgt yg niii.. menjadi je dia tiru

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^