nuffnang

Thursday, 23 April 2015

Punca Rumah Berhabuk

Today is my offdayyy! Jom nikmati hari cuti anda!

Selpieeeeeeeeeeeeee!!! :p
Awal sangat ke???
Lepas je pos barang custemor tadi terus pi beli mentol lampu bilik yang tetiba tak idop semalam sambil shopping barang dapor sorang-sorang! haha... eksited ngat ehh nak shopping sampai tercegat depan shopping kompleks yang belum bukak lagi. haha, suke sangat buang tebiat! hohoooooo
Okeh! Hari ni nisa off day.. Nak cuci baju, nak mop lantai, nak lap-lap habuk yang tak penah habis...
Erm, cakap pasai habuk ni, nape habuk cepat sangat muncul ye? baru je 2 hari lepas nisa lap hiasan kat almari tu, tengok-tengok, aih ! dia singgah lagi ! Rumah ni, satu hari kene empat lima kali sapu, pastu sekarang dah wajib hari-hari mop lantai sebab nak elak habuk yang setiap saat makin bertambah tu! Errrrgh! bengkekkk hati ceq!

Punca Rumah Berhabuk
  1. Penggunaan kipas
  2. Ventilation atau pengudaraan yang kurang baik (kebanyakkan rumah batu sekarang takde lubang udara, hanya harap tingkap je.. so no wonder lahkan kalau habuk hinggap satu lori, huhu)
  3. Rumah yang dekat dengan highway (banyak kenderaan lalu lintas)
  4. Dekat dengan kawasan pembangunan
  5. Dekat dengan tempat pembakaran

Tempat yang sering memerangkap habuk
  1. Di belakang perabot besar seperti almari baju.
  2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek
  3. Karpet
  4. Bawah sofa
  5. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak
  6. Bawah katil
  7. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah
  8. Alas perabot, alas meja atau table runner
  9. Rak buku yang terbuka

Cara mengelakkan habuk dari rumah
  1. Kurangkan perabot/ hiasan/ peralatan yang boleh memerangkap habuk..
  2. Letakkan alas kaki yang heavy duty dan benar-benar boleh memerangkap habuk.. terutamanya yang dibawa bersama kaki..
  3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yg mudah dibersihkan berbanding kain.
  4. Gunakan sofa/alas yang berzip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk.
  5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk..
  6. Letakkan dua alas kaki, satu di luar pintu dan satu di dalam..
  7. Pastikan tingkap dan pintu tertutup.
  8. Bersihkan dari atas ke bawah, untuk elakkan kena mengelap atau membersih berulang kali.


Cara Mudah Membersihkan Rumah

Penjagaan tandas
Susun atur peralatan dalam tandas dengan kemas. Pastikan sabun tidak bersepah daripada kedudukan asal untuk memudahkan individu lain menggunakannya tandas dengan selesa.
Perkara paling penting yang perlu dititikberatkan ialah bilik air bebas daripada bauan tidak menyenangkan. Pemantauan secara berkala perlu dijadikan satu amalan agar tiada sisa buangan tertinggal hingga boleh mencacatkan pemandangan dan bauan.

Penjagaan lantai
Kebersihan lantai perlu diberi keutamaan terutama selepas memasak kerana kesan minyak yang melekat di bahagian terbabit boleh menyebabkan lantai menjadi licin dan amat berbahaya.
Mop dan lap lantai hingga kesan minyak itu hilang, supaya ia memberikan keselesaan kepada kaki ketika memijak bahagian berkenaan.
Selain di dapur, setiap ruangan lantai rumah perlu dibersihkan bagi mengurangkan pembentukan habuk yang boleh menyebabkan masalah kesihatan lain pada diri.

Penjagaan pakaian
Bau baju yang harum dan bersih meninggalkan impak yang tinggi kepada seseorang terutama dalam memberikan daya keyakinan dan keselesaan. Penggunaan pembersih dan pewangi pakaian memberikan kelebihan bagi memastikan baju digunakan sentiasa bersih dan harum.

Wangian rumah
Pastinya bau rumah yang bersih dan segar menjadi pilihan setiap suri rumah.
Selepas melakukan kerja pembersihan, mungkin ada yang masih lagi berhadapan dengan bau kurang menyenangkan. Namun, kini terdapat cara mudah untuk menyediakan rumah yang bersih dan segar antaranya menggunakan wangian rumah sama ada daripada bahan berasaskan gel, semburan ataupun wangian bijian.

Pembersih pinggan
Kebersihan peralatan dapur yang dihidangkan kepada tetamu sentiasa menjadi tumpuan utama apatah lagi ia menonjolkan sikap tuan rumah sama ada dia pembersih atau bersikap sambil lewa.
Penggunaan pencuci pinggan bersesuaian membantu membersihkan kesan kotoran dan berupaya menghilangkan kesan minyak secara keseluruhan.
Tetapi paling penting, jangan `kedekut’ ketika menggunakan bahan terbabit bagi memastikan tiada kotoran tertinggal selepas dibasuh.

Penjagaan barangan kaca
Kesan habuk ataupun minyak yang melekit pada barangan kaca adakalanya boleh menyebabkan peralatan terbabit kelihatan kusam dan tidak bersih. Bagi mengurangkan masalah itu, anda perlu menggunakan produk bersesuaian dan pada masa sama, mengembalikan serta menyerlahkan seri setiap barangan.

Tisu
Antara kelengkapan utama yang menjadi kegunaan penting apabila berada di rumah ialah tisu.
Bukan saja memudahkan malah produk pakai buang ini turut menjamin kebersihan diri berbanding penggunaan kain secara berulang kali. Oleh itu, bekalan tisu mencukupi perlu dititikberatkan terutama ketika tetamu berkunjung di hari perayaan.




**Jom nikmati hari anda**







sumber

Somtam!

Best kalau dapat balik kampong selalukan... tiap kali balik kampong, mak mesti buatkan nisa somtam ni.. ikut je nak makan apa, just request kat mak, terus mak buatkan, hohohoiii..indahnye hidup ni. Hiks!
Kalau cakap nak makan somtam, mesti ayah cepat-cepat pegi kat kebun belakang rumah, amik betik kat pokok-pokok yang ditanam... nanti cepat-cepat nisa dan adik kakak pegi tolong mak parut betik kat dapo... tapi selalunya tak sempat nak menolong.. Toing!! dah siap kat depan mata. expert betoi mak buat keje. Respect you mom!^^ Kekeke


somtam betik + somtam pelam^^


Ingat dulu, tak sempat nak shopping pasar pagi.. nisa rasa tak sedap badan, nisa ajak kakak nisa balik, hmm... Apalagi  bebel kemain dia nisa ajak balik, padahal tak sampai 5minit pun turun dari motor, baru selangkah dua jejalan cuci-cuci mata. Tiba-tiba dah nak balik! hangin satu badan la dia kan...haha
 
"Tadi ajak orang shopping, ni tak sampai 5minit ajak orang balik pulak! aihhh mana satu niii!" haha.
Time tu kakak nisa yang bawak, nisa duk kat belakang je.. tau-tau nisa dah ada kat hospital. seminggu nisa kene tahan wad sebab pengsan! darah rendah, tetiba jatuh dari motorsikal! menangis tak sudah kakak nisa, bentikan motor, cepat-cepat pusing balik tengok nisa yang dah longlai macam sotong kat atas jalan raya...Tinggal berapa saat je lagi kete yang follow kat belakang kami nak langgar nisa yang tetiba jatuh macam nangka busuk tu..huuuuuuu takut bila piker balik.
Sedar-sedar je nisa tengok mak kat sebelah..duk lap air mata... Soalan pertama nisa,
 
"Mak, mana gigi oang mak???" tanya nisa yang tak rasa apa2 kat bibir ni
"Ada je tu kat dalam mulut tu" kata mak sambil tenangkan nisa.. kikiki
Ya Allah sakitnye lahaiii muka nisa tuhan je tahu.. hancur habis satu muka..jatuh motor punya pasal. sebabnya..tang muka ni tersembam dulu..habis terseret dek tar. pedih! sakit! lahai...
 
Bibir ni pulak, dah gaya macam Angelina Jolie, tetiba besar, tebal kemain...bengkak sebengkak bengkaknya sampai tak rasa satu batang gigi pun kat dalam mulut.
Lama giler tak dapat makan nasik, duk makan bubur cair je...sebab luka luar dan dalam... dah la lagi dua bulan nak naik pelamin.. hmm, jiwa kacau betoi time tu.. risau tak tahu nak habak hang..
tiap-tiap saat duk pikir, macam mana nak hilangkan parut kat muka ni.. nasib baik lah time tu jumpa ubat mujarab dari Thailand. Alhamdulillah... tak sampai sebulan, kulit muka beransur pulih...
Berbalik citer pasal somtam..bhahaha
Waktu tu, parut kat muka dah ok, walaupun tak totally sembuh. hmmm..
mak tanya nisa,

"nak makan apa-apa lagi tak..nanti mak buatkan."
 
Nisa punya lah eksited nak makan kan, sebab dah boleh makan benda-benda keras dah kan ..
 
"Nakk! Oang nak makan somtam boleh tak mak..terliur sangat-sangat, boleh ke mak buatkan?"
Tanya nisa over da shadow.
 
"Boleh!" balas mak tanpa pikir panjang...

Seronok mak tengok nisa eksited nak makan
Dah siap je somtam tu, terus nisa makan tak hingat dunia.
Esokkanya...
 
"Mak, nape parut kat muka oang jadi makin hitam mak" tanya nisa sambil muka mencebik gaya nak nangis.
 
Mak cakap "sepatutnya dah ok dah sebab pakai ubat tu. ubat tu 2 minggu je dah baik parutnya kan.."

Ye, memang tak dinafikan..sebab dulu nisa penah guna ubat ni..memang dua minggu je parut dah ok.. tapi kali ni buat nisa pelik, hairan, gelisah gundah gulana...
Tetiba,
"Ya Allah nisa, mak lupa sangat-sangat! dalam somtam tu ada kicap sotong! parut yang belum sembuh sepenuhnya tak boleh makan kicap sotong! Ya Allah, mak mintak maaf sangat-sangat! Mak betol-betul lupa"
"Makkkkkkkkk !!!  sebulan lagi oang nak kawin...habis cammana ni makkkk!!"
menjerit jerit la nisa.. haha, yang tokleh blah! kakak-kakak nisa dok gelak guling-guling tengok ragam nisa..haha... kuram asam jawa betoi dorang! Waachaaaaa
"Takpe-takpe! nanti kan mak andam make up tebal-tebal, hilang la parut tu" kata kakak nisa..haha
Saborrrr je lah...
Tapi sebenarnya nisa tak salahkan mak sikit pon, sebab mak memang tak penah tolak apa je yang nisa nak..haha. Lagipun time tu memang mak over eksited nak masak dan ikut apa je kemahuan nisa sebab nisa dah boleh makan benda-benda keras kan.haha! sayang mak! 
Pesanan Ikhlas :
Ingat! jangan makan kicap sotong ye kalau anda dalam proses menghilangkan parut luka di tubuh badan anda.huhu



***Terima Kasih sudi baca***

Instant Shawl Murah


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t



Berhubung dengan posting nisa tentang Instant Shawl Murah yang lalu, nisa dapat banyak sangat feed back daripada kawan-kawan untuk tolong dapatkan instant shawl murah chiffon RM18 ini.
Alhamdulillah, disamping meniaga  suka-suka Instant Shawl Murah ni, nisa dapat ramai kawan baru dan paling nisa bersyukur sangat ada yang terbuka hati untuk terus istiqamah menutup aurat. Alhamdulillah. sungguh nisa sangat terharu! 




Kalau stok tak banyak atau habis, bila nisa restock baru???  hmmmm...
Ramai yang tanya nisa soalan ni, dan sanggup menunggu dari hari kehari semata-mata nak dapatkan instant shawl ni.



Ok! Setiap hujung minggu nisa akan update stok baru, disebabkan kekangan waktu bekerja nisa, nisa tak dapat renew stok everyday, walaupun almost everyday kesemua stok shawl habis dijual on da spot kan. So, diharap sayang-sayang sekalian dapat bersabar ye... 
Btw, untuk makluman anda, nisa tak simpan stok dan booking anda lama-lama, so first come first serve ye. Oleh sebab tu lah, every week nisa will be update da new stock.. even sikit atau bayak. ^_^



Instant Shawl
Material : Chiffon
Harga : RM18 sehelai
Postage : RM6 sm, RM10 ss (pos sahaja dan tiada COD)
Cara Pakai : Sarung sahaja tak payah lilit-lilit^^
(boleh adjust singkat @ labuh mengikut keselesaan anda)

Kepada anda yang teringin mencuba Instant Shawl  yang macam nisa pakai ni, korang boleh terus wassap nisa di 0149232129 (wassap only tau) walaupun kadang-kadang nisa terkejut dapat panggilan bertalu-talu dari korang semata-mata nak order shawl ni.. haha.. eksited la korang. macam operater dah nisa melayannya..huhu
Sekali lagi diingatkan!!! wassap nisa SAHAJA ok!... dan nisa akan cuba reply as soon as possible ! insha Allah^^
Ok, untuk tempahan 1kodi anda boleh wassap nisa juga untuk dapatkan harga ye.
Nak Instant Shawl  Percuma??? Anda boleh mencuba nasib dengan menyertai Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah ! Good Luck Olls ! ^^




Terima kasih^_^





Wednesday, 22 April 2015

Resepi Apam Balik


 Resepi Apam Balik

Bahan A
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1/2 Cawan gula
  • 4 Sude teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan B
  • 2 Cawan susu segar ataupun (1 cawan susu cair tambah 1 cawan air)
  • 1/2 Cawan minyak
  • 2 Biji telur

Bahan C
  • Jagung Krim (Dalam tin)
  • Kacang Tanah
  • Coklat Chips
  • Hirisan Pisang
  • Kaya dll
(pilih salah satu mengikut citarasa anda @ nak mix pon boleh^^)


Apam Balik Mini + Jagung Krim


Cara- cara :
  1. Gaulkan semua bahan  A ke dalam mangkuk besar
  2. Masukkan semua bahan B dan kacau rata
  3. panaskan kuali non-stik dan sendukkan adunan.
  4. tutup kuali non-stik biarkan adunan tiga suku masak
  5. letakkan jagung krim
  6. lipat dan hidangkan


Apam Balik Mini



** Selamat mencuba**



Thursday, 16 April 2015

Cara-cara memakai pemerah pipi

Jam 4 pagi,
Jom belajar make up!  haha..pepagi buta ajak orang belajar make up, hihi
Disebabkan ketidaklenaan ketiduran, fikiran melayang memikirkan cara-cara memakai pemerah pipi ataupun blusher.Tetiba! haha Pagi pun pagi lah labuuuuu...ada haku kesah! lari hantu kak limah tengok nisa buang tebiat pepagi buta ni..hahahahhahaha

Jom lah layan hasil kajian nisa dari professsor google.. kihkih


Sebenarnya ramai wanita yang tak tahu menggunakan pemerah pipi, sebab tulah kadang-kadang kita tengok individu itu kelihatan pelik dan kurang menyerlah kerana silap memilih warna pemerah pipi mengikut warna kulit dan salah teknik meng'apply'kan nya pada bentuk wajah mereka.

Hmmm, nisa pun sebenarnya tak pandai pun guna benda alah ni, lagipun nisa jarang make up tebal tebal nih, jarang ke atau memang tak penah make up tebal nisa oii? huhu. 
Ops! Tapi adalah sekali nisa make up tebal, time kawin dulu..tp tu orang lain make up kan ler..hahaks.

Tapi sejujur jujurnya memang nisa tak pandai, sebab nisa rasa kalau make up ni macam tak sesuwai tang kening tu, hehe nanti kang bertambah pelik..Biasanya kalu nak keluar pun setakat tepek bedak sikit, lipstik secoitt, ok dah, siap! haaa, macam tu lah hari-hari.
So dikeheningan pagi ini , marilah kita belajar cara-cara menggunakan pemerah pipi untuk tampil bergaya di hadapan kekasih halal untuk kita... krik! krik!


Pertama sekali, kenalpasti bentuk wajah anda! hmmm...yang mana satu kah???





 
 Teknik sapuan


Jenis-jenis pemerah pipi yang dijual di pasaran, antaranya adalah ;

Powder Blush


Pemerah pipi jenis ini adalah sangat terkenal dan mudah didapati, serta terdapat dalam pelbagai pilihan warna. Ia selalunya didatangkan dengan dua warna, iaitu warna lembut dan warna terang. Jadi, anda boleh menggabungkan kedua-dua warna tersebut, dengan memakai yang lembut dahulu dan diikuti dengan yang warna terang.


Cream Blush




Pemerah pipi ini adalah sangat sesuai bagi wanita yang telah berusia, ataupun bagi individu yang mempunyai kulit kering. Ini adalah kerana, pemerah pipi jenis ini akan memberikan kesan lembapan kepada kulit kering dan amat mudah untuk dipadankan dengan sebarang tone warna kulit.


Gel Stain / Liquid Blush




Pemerah pipi jenis ini amat sesuai bagi wanita yang berusia muda dan yang memiliki kulit wajah yang licin serta halus. Ini adalah kerana, pemerah pipi jenis ini akan memberikan kesan berkilau dan kulit wajah akan kelihatan semulajadi. Namun begitu, dinasihatkan agar segera mencuci tangan selepas menyapu ke wajah, kerana pemerah pipi jenis ini adalah pekat.



**Selamat menconteng, hihi**



Siapakah Mia Ahmad Pelakon Drama Hati Perempuan?


BIODATA
Nama penuh: Samiha Binti Ahmad Baderi
Nama Komersial : Mia Ahmad
Tarikh lahir : 22 Februari 1988
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Taiping, Perak

Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan

Twitter Mia Ahmad
Instagram Mia Ahmad
Facebook Mia Ahmad






Drama Hati Perempuan
Pelakon wanita utama drama Hati Perempuan adalah Mia Ahmad, pelakon bertudung yang memegang watak Esyana, tunang Zill Faezrul dalam drama Rindu Awak 200%.  
Dalam hati perempuan , Mia Ahmad memegang watak Yuhanis iaitu seorang gadis tegas dan berdikari yang bergandingan dengan Syarul Ridzwan selaku Tengku Zaril.
Saksikan drama ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis di Slot Akasia TV3 bermula jam pukul 6.55 petang. klik disini untuk membaca sinopsis drama hati perempuan.


Gambar Mia Ahmad

















Kata-kata untuk diri sendiri...

Bismillahirrahmanirrahim....

Bingkisan kata di tabir malam,


Pernah tak kalian rasa 'down' sangat-sangat ???
Rasa sakit tak tertanggung, rasa kecewa yang tidak terungkap, rasa sedih tidak terkata...

Kadang-kadang kita cuba lari dari masalah,
tapi semakin kita lari,makin dekat masalah itu datang menghampiri...
Kadang-kadang rasa ingin menyendiri, biar hilang terus dari mata masyarakat,
sembunyi dan terus sembunyi supaya tiada insan yang mempersoalkan lagi akan takdir Allah yang telah tertulis di luth mahfuz untuk diri kita... Kadang-kadang rasa ingin luahkan ketidakpuasan hati ini,agar semua insan tahu bertapa seksanya diri ini menanggungnya...

Tapi, apalah gunanya semua itu..
tidak semua orang melalui nasib yang sama, tak semua memahami apa yang kita rasai..
Sebaliknya, muhasabah diri itu lebik baik dari berbicara, melihat dan menghayati kekurangan insan yang lebih memerlukan itu sesungguhnya mampu membina semangat diri yang kian tiada.

Teringat kata-kata dari skrip sinetron cicin jam 6.30pm saluran 104;
"Andai saja hidup ini seperti lukisan...akan ku lukis pada canvas warna-warna hidupku seperti yang ku inginkan dan akan ku padam di sudut yang tidak kuinginkan, supaya ia hilang terus dari ingatan dan aku bisa hidup seperti apa yang ku mahukan....Tapi, andai saja..."
hmmm.....

Pernah 1 hari nisa cuba merehatkan diri, cuba menjauhkan diri dari kesibukan harian,
tapi tiba-tiba terasa, alangkah ruginya waktu yang tidak terisi ini... rasa hidup ini tidak bertujuan...

Komputer dipenjuru bilik kerja di 'on' kan, cuba mencari senarai zikrullah untuk dilaungkan.. 
sepantas kilat terasa tenang datang menusuk keruangan kalbu... Sungguh! tenang setenang tenangnya...

Al-Quran ditangan dibuka, jari jemari menguis-nguis tetikus, 
lantas scroll mencari surah Yusof dari sang idola Syed Saad Said Al-Ghamidi, 
suaranya berkumandang dari corong corong speaker di atas meja, Subhanallah... merdunya suara yang dipinjamkan oleh Allah untukmu ya akhi...

Seperti kebiasaan surah itu dibacakan, mutiara ini pasti akan gugur disaat bait-bait terjamahan surah itu dihayati.. sakit dan senak di dada menahan sendu kian terasa... tak tahu kenapa mudah sangat hati ini tersentuh tiap kali mendengarnya... sungguh hebat dirimu Wahai Yusuf..

Sunyi...
Pandangan di alihkan ke kiri, kanan... tubuh dibaringkan, Al-quran ditangan dipeluk erat...hembusan nafas ditiup perlahan...

Ya Allah,
Sungguh indah hidup ini bertuhankan'MU. Sungguh hamba akan sabar dengan setiap Ujian dan dugaan'Mu, Kerana hamba tahu setiap Ujian yang Kau berikan itu adalah sesuai dengan ukuran kemampuan hamba-hambaMu. Ya Allah,
"Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu utusan Allah"


Nisa,
Bangunlah dari kekalahan, usah biarkan dirimu kelihatan lemah untuk terus berdiri, 
simpanlah, sembunyilah, mengadu domba lah kamu apa jua yang tersurat mahupun tersirat dihatimu padaNYA . Nescaya ketenangan itu akan menjadi milikmu.. Jagalah tiang agamamu supaya kamu sentiasa dekat disisiNYA dan jagalah dhuhamu agar rezeki Allah tiada penghujung buatmu....

Work hard for what you want because it won't come to you without a fight. You have to be strong and courageous and know that you can do anything you put your mind to. If somebody puts you down or criticizes you, just keep on believing in yourself and turn it into something positive.

YES! you have to...!!!






Saturday, 11 April 2015

Gastrik angin + Nasi Briyani

Sibuk memanjang
Dari pagi pagi sampai jam 3pm nisa sibuk settle kerje yang berhari hari tertangguh.
Sebelum balik rumah, nisa ajak Mr. N singgah makan kat kedai je, disebabkan rasa kepenatan yang sudahpun bermaharajalela di dalam diri. So tak perlu dah masak-masak lagi, memandangkan duk berjalan pon sebelah restoren dah kan...lagi pula barang dapur pun tak sempat nak menyopping lagi.. aduhai, 2 hari dah dapur tak berasap. Dah la Mr. N susah makan kat kedai..gundah gulana dia bila 1 hari tak masak.


Nasi Briyani
Mr. N pilih kedai nasi briyani kat Uptown Puchong. Lupa pulak nama kedai tu  ape..hmmm, nisa pun mintak dia orderkan menu yang sama untuk nisa, malas nak pikir pikir dah memandangkan banyak jugak pilihan menu kat situ. 
Ye ler, bila masuk kedai makan je mesti blurrr pikio menu apa nak makan, masuk je blurr, masuk aje blurr...Banyak betoi blurr, kehkehkeh! tapi tu lah, memang nak cakap nisa selalu blurr time nak meng'oder menu...jangan korang pun blurrr membacanya udahlah...hahahaha

Nasi Briyani, 1 pinggan RM11.00



Gastrik Angin
Orang yang ada Gastrik Angin ni memang tak boleh makan makanan yang ada rempah ratus ehh????
Allahhuakhbar, sampai aje kat rumah, melingkup nisa! Sakit nye laaa haiiii ulu hati ini, tuhan saje yang tahu, berjam jam!...sakit itu tak jugak mau hilang. Sampai terpaksa korek muntahkan balik, nak bagi lega punya pasal. Marah betul dia, nisa makan nasi briyani tu.
Ohhhh, sakit!... mecucuk cucukkk ulu hati ni...kluaq ayaq mata ceq! (Betol ke bahasa tu,hihi )
Tapi tu lah, point nye kat situh, nisa nak cakap SAKIT ULU HATI SEBAB MAKAN NASI BRIYANI !.. sungguh tak tipu ! Memang betoi sakit ! Tobat taknak makan dah, titik !

Nampaknya lepasni nisa kene senaraikan dah makanan-makanan yang nisa dan orang orang Gastrik Angin tak boleh makan..pastu simpan rapi dalam note tab ni. Tapi, setahu nisa lain orang lain yang tak bolehnya kan..

Berikut makanan yang disenarai hitamkan (untuk nisa la kan)  ;


Senarai makanan Orang ada Gastrik Angin TAK BOLEH MAKAN


** Makanan sejuk, masam, berempah,
♥ Kubis
♥ Cili Api
♥ Kacang Panjang
♥ Buah pelam
♥ Maggie
♥ Pulut
♥ Nasi yang ada banyak rempah
♥ Laksa Penang
♥ Makanan yang ada Bunga Kantan
♥ Terung
♥ Pucuk Ulam yang tumbuh melata
** ha! itu semua tokleh.

Cara ubati Gastrik Angin



** ni yang selalu nisa amalkan la
♥ Wajib breakfast
♥ Minum air masak banyak-banyak
♥ Madu
♥ Kurma
♥ Habbatus sauda
♥ Pakai stokin bila berada tempat sejuk
** Tapi kalau sibuk sangat kadang-kadang ada yang terlupa..heeee

P/s :
Sesungguhnya apa yang nisa tulis kat atas tu tiada kene mengena bagi yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ini semua adalah hasil tindak balas yang berlaku pada diri nisa yang boleh nisa kongsikan dengan mereka yang ada masalah sama macam  nisa.

Pesanan ikhlas dari nisa, jangan ambil mudah dengan penyakit ini. Sesungguhnya ia amat bahaya dan menyakitkan ! Rasa sakitnye tu macam ghase nak hentak hentak je kepala kat dinding.

Oleh itu... untuk kebaikan anda, sungguh eloklah kiranya anda merawatnya sebaik mungkin. Apa yang penting, jaga makan anda!

Sekian dulu dari nisa,
Semoga rasa sakit ulu hati ini tidak datang lagi...huhu, sobs sobs!





♡♥♡♥♡♥Terima kasih sudi baca ♡♥♡♥♡♥

Friday, 10 April 2015

Design Label Shawl

Bismillahhirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t


Instant Shawl Murah 
1, 2, 3 Sedia !!! Klik !


InshaAllah jika tiada aral melintang, dan jika rancangan dipermudahkan bersama berkat dan limpahan rezeki dari Allah S.W.T, nisa akan mengeluarkan Instant Shawl "Nisa Stailista" by Nisa Biz Solutions (NBS) tidak lama lagi. InshaAllah. Doa-doakan nisa semoga nisa berjaya ye ^_^

Nisa Stailista

Target nisa, pertama sekali, kerana nisa ingin menyeru muslimah-muslimah di luar sana, bersama-sama menutup aurat. InshaAllah.

Alhamdulillah, sepanjang nisa menolong dan menjual Instant Shawl Murah ini, Nisa dapat ramai kawan baru yang sebelum ni beliau tidak berhijab, namun sekarang berminat untuk menutup aurat sepenuhnya. Nisa rasa terharu dan bersyukur sangat-sangat sebab tak sangka dengan posting Instant Shawl Murah ni ada hati yang terbuka untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab, sebagai khalifah Allah yang lebih baik pada masa akan datang. InshaAllah.

Ya benar ! hidayah Allah S.W.T tidak datang dengan sendiri, tapi kita harus berusaha mencarinya.
Semoga kita sama-sama istiqamah di jalan yang benar dan sentiasa di bawah rahmat, lindungan dan keredhaanNYA.


Design Label Shawl
Alhamdulillah, dengan kurniaan yang diberikan, nisa dapat menyiapkan design label untuk shawl nisa nanti, InshaAllah.

Design Label


Sebelum ni, nisa asyik duk buat design logo, tag, stiker, kad kahwin, bunting, banner pelanggan je. Alhamdulillah, nisa dapat jugak hasilkan design label "Nisa Stailista" by Nisa Biz Solutions (NBS) yang tak seberapa ni. heheeee


Servis Membuat label
Anda mencari servis untuk menghasilkan label product anda?, Ok nisa boleh suggest anda di satu tempat, klik sini untuk lihat. Semoga biznes anda maju jaya hendaknya.
Aminn Ya Rabbal'Alamin




 ~Terima Kasih sudi baca~
~Selamat maju jaya semua~




Thursday, 9 April 2015

Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman

Assalamualaikum w.b.t

Nisa ni seronok sangat join segmen, giveaway, blogwalking  kawan-kawan, sampai berpinar bijik mata tak nampak tarikh dah tamat ! hahhaahaha

By the way, yang ni kompem tak expired lagi tau..hihi

Jom ler reramai memeriahkan "Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman"


TARIKH 
 Mula :9 April 2015 (8.30 PM)
Tamat : 16 April 2015 (8.30 PM)


 ~Semoga kita insan yang bertuah~







Segmen Blogwalking #Part3

Assalamualaikum w.b.t

JOM join segmen blogwalking ni... :)




Tarikh tamat segmen pada 
11.59pm, 20 April 2015





Pencarian Bloglist 2015 By BBL - April, Mei & Jun


Assalamualaikum & hello there,



BBL sedang mencari 20 blog untuk mengisi slot MY bloglist baru 2015. Tujuan nak masukkan blog korang dalam MY bloglist untuk memudahkan BBL blogwalking & menabung tabung Nuffnang korang tu. Jika blog korang best & awesome, BBL akan masukkan blog korang dalam permanent bloglist blogger kacak & cantik.

- SYARAT-SYARATNYA -


2. Buat satu entri bertajuk Pencarian Bloglist 2015 By BBL - April, Mei & Jun
3. Copy link di sediakan & paste ke dalam ruangan HTML & publish entri.
4. Tinggalkan URL ENTRI korang di kotak komen bawah ini
5. Pemilihan berdasarkan random.org
6. Pencarian ini akan TAMAT 8 Januari 2015 &
blogger yang berjaya akan di umunkan pada 10 Januari 2015

** jika jumlah peserta kurang dari 20 blogger, semua peserta secara outomatik akan
termasuk dalam list MY Bloglist. Jika lebih dari 20 blogger, pemilihan akan dibuat dengan bantuan random.org.

BBL akan sentiasa update senarai peserta blogger di bawah ini.


Apa tunggu lagi, cepat submit entri korang untuk pencarian bloglist ni.

Maklumat lanjut boleh klik - Pencarian Bloglist 2015 By BBL

Wednesday, 8 April 2015

Mati Itu Pasti ! Tenanglah Dikau Disana...

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

"Tidak ada sesuatu yang dialami anak Adam dari apa yang diciptakan Allah lebih berat daripada kematian. Baginya kematian lebih ringan daripada apa yang akan dialaminya sesudahnya."
(HR. Ahmad)

Di waktu terluang yang tersisa nisa cuba ringankan tangan membuka facebook, terus scroll down news feed...
Allahhuakhbar, penuh berita tentang kematian seorang sahabat bernama Ghazali yang mesra dikenali dengan nama 'Pokli'. Sahabat sekolah rendah dan menengah nisa.


  
Seorang yang sangat sangat baik, suka senyum dan tak pandai marah. Ya Allah, serasa masih lagi tidak percaya orang yang dekat dengan nisa telah pergi dulu.. Arwah sangat baik sekali, pantas Allah lebih menyayangimu sahabat... 
Bila di hitung waktu yang berlalu...Allahuakhbar, sudah 10 tahun kami tidak ketemu. Sungguh cepat masa berlalu pergi, sehingga saat ini nisa merasakan arwah masih ada lagi.

Benar kata orang, zaman sekolah adalah zaman yang sangat indah yang tak bisa diulang kembali. Lepas je SPM, masing-masing membawa haluan sendiri, mencari peluang yang ada untuk kemenara gading, dalam masa itu.. tanpa nisa sedar... silaturahim dengan kawan-kawan ada yang tidak bersambung. Untung ada laman sosial, yang membantu menghubungkan kembali ikatan yang sudah lama layu ditelan waktu... namun Arwah tidak punya akaun facebook, mungkin sebab itu, nisa agak terkejut dengan pemergiannya melalui rakan yang lain.


Rupanya Arwah terlibat dalam kemalangan di tempat kerja, 6 hari tidak sedarkan diri dan akhirnya pergi meninggalkan kami semua...

Tersandar terduduk dan termenung nisa sendirian, Ya Allah... memang kematianmu itu sungguh sangat dekat hari demi hari.. Maafkan hamba jika hamba lalai mengingatinya. Walau setiap malam sebelum tidur nisa berdoa dan memikirkanya, Apakah esok masih ada untuk nisa? Terpandang suami yang sedang lena kepenatan..

"Terima kasih Ya Allah pinjamkan dia untuk hamba, Janganlah Kau pisahkan kami Ya Allah, biarlah hamba pergi dulu sebelumnya. Kau panjangkanlah usia hamba supaya hamba dapat menjaganya sepenuh kudrat hamba, Kau panjangkanlah usianya, selamatkanlah dia di duniaMu dan jua AkhiratMu kelak, lindungi dan rahmatilah orang-orang yang hamba sayangi Ya Allah"
Aminn Ya Rabbal'Alamin



Jenazah dibawa pulang dari Lumut dan tiba jam 3 Pagi di Kelantan, seterusnya upacara kebumian di jalankan.


Seorang sahabat bertanya,
"Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah." 

Nabi Saw lalu bersabda: 
"Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui kapan doamu akan terkabul." 
 (HR. Ath-Thabrani)


Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah segala dosa-dosa Arwah, jauhkanlah dirinya dari seksaan kubur kerana beliau adalah sahabat yang sangat baik. Tempatkanlah Arwah bersama para Syuhada dan para Solihin. Sesungguhnya daripadaMu kami datang dan kepadaMu jua kami kembali.

Tenanglah dikau disana sahabat, semoga dikau bahagia bersama bidadari Syurga kelak.
 Aminn Ya Rabbal'Alamin



*Cukuplah maut sebagai pelajaran (guru) dan keyakinan sebagai kekayaan. (HR. Ath-Thabrani)*



Tuesday, 7 April 2015

Jangkitan Kuman Dalam Darah

Jangkitan Kuman Dalam Darah ?
 Korang penah dengar tak kisah Jangkitan Kuman Dalam Darah ni ?


Nisa dapat tahu anak buah nisa, adik kepada Arwah Nik Arsyad Musyrif   terkena jangkitan kuman dalam darah. Ya Allah risaunya bukan kepalang.. dari dia lahir sampailah sekarang nisa susah berenggang ngan dia ... si comel yang banyak ragam dan rajuknya..

Dapat je tau dia demam tak kebah kebah, dan tau pulak dia terkena jangkitan kuman dalam darah, terus nisa dan suami bergerak ke Melaka melihat keadaannya...



Hmmm, terpikir jugak nisa, apa sebenarnya punca jangkitan kuman dalam darah ni ye ?
Apa sebenarnya penyakit ni?  dan apa pula kesan nye, apakah risikonya ? biasa atau bahaya?
macam mana cara untuk merawatnya ?

Nisa cuba mencari info tentang jangkitan kuman dalam darah ni, Cuba godek-godek google..agar segala persoalan yang berlegar di fikiran nisa itu terungkai...
Berikut info ehsan dari google yang dapat nisa petik dan berkongsi sedikit sebanyak mengenainya..



JANGKITAN KUMAN DALAM DARAH (SEPSIS)

Sepsis
Sepsis bermaksud kehadiran ataupun kebanjiran organisma patogenik atau toksin dalam darah atau tisu-tisu lain. Ia dicirikan oleh tindak balas keradangan sistemik yang boleh maju ke disfungsi sistem peredaran darah, kegagalan pelbagai organ, dan kematian.
Sepsis adalah punca utama kematian yang ke-10 di seluruh dunia. Di hospital-hospital dan menyumbang 40% daripada jumlah kos ICU.



Punca dan Risiko
Sepsis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang boleh bermula di mana-mana di dalam badan. Tempat-tempat yang biasa di mana jangkitan mungkin bermula termasuk:
  •     Usus (biasanya dilihat dengan peritonitis)
  •     Buah pinggang (jangkitan pada bahagian atas saluran kencing atau pyelonephritis)
  •     Lapisan otak (meningitis)
  •     Hati atau pundi hempedu
  •     Paru-paru (pneumonia bakteria)
  •     Kulit (cellulitis)
  •     Bagi kanak-kanak, sepsis boleh disertakan dengan jangkitan tulang (osteomielitis). Dalam pesakit yang dimasukkan ke hospital, jangkitan biasa bermula dari talian intravena, luka pembedahan, surgical drains, dan kerosakan kulit yang dikenali sebagai bedsores (ulser decubitus).

Simptom (Tanda-tanda)
Bila mendapat Sepsis :
  • Tekanan darah menurun, 
  • Seterusnya menyebabkan kejutan.
  • Organ-organ utama dan sistem badan, termasuk buah pinggang, hati, paru-paru, dan sistem saraf pusat, berhenti berfungsi dengan betul.
  • Perubahan dalam status mental dan hyperventilation mungkin tanda-tanda awal sepsis.
Kakak baru lepas amik darah, kakak tak nangis pun, kakak tak tengok pon doktor yang suntik kakak, sebab apa?? sebab kakak cakap kakak malu la dengan doktor lelaki tu ! hahaha.. kecik kecik dah pandai, adoiiyai  ;p


Secara umum, simptom sepsis termasuklah:
  •    Rasa sejuk
  •     Kekeliruan atau kecelaruan
  •     Air kencing yang keluar berkurangan bila membuang air kencing.
  •     Demam atau suhu badan yang rendah (hipotermia)
  •     Hyperventilation (keadaan tercungap-cungap)
  •     Pening akibat tekanan darah rendah
  •     Denyutan jantung yang cepat
  •     Menggigil
  •     Ruam kulit
  •     Kulit hangat (warm)

Ujian
Jangkitan ini selalunya disahkan oleh ujian darah. Walau bagaimanapun, ujian darah mungkin tidak mendedahkan jangkitan pada orang yang telah menerima antibiotik.

Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan termasuk:
  •     Gas darah
  •     Ujian fungsi buah pinggang
  •     Kiraan platelet
  •     Kiraan sel darah putih
  •     Perbezaan darah (Blood differential)
  •     Produk fibrin degradasi (komponen-komponen darah yang dihasilkan oleh degenerasi pembekuan darah)

Rawatan
  • Jika anda mempunyai sepsis, anda akan dimasukkan ke hospital, biasanya unit rawatan rapi (ICU). Antibiotik akan diberi melalui vena (intravena).
  • Oksigen, cecair yang diberikan melalui vena dan ubat-ubatan yang meningkatkan tekanan darah mungkin diperlukan. Dialisis mungkin perlu jika terdapat kegagalan buah pinggang. Sebuah mesin pernafasan (pengudaraan mekanikal) adalah perlu jika terdapat kegagalan paru-paru.
  • Bagi sesetengah pesakit, rawatan dengan ubat-ubatan anti-radang yang kuat yang dikenali sebagai kortikosteroid atau recombinant human protein C yang diaktifkan boleh membantu.

Jangkaan (prognosis) 
Sepsis sering mengancam nyawa, terutama di kalangan mereka dengan sistem imun yang lemah atau dengan penyakit kronik.


Komplikasi
  •     Penyebaran penggumpalan intravaskular (adalah satu penyakit yang serius di mana protein    yang mengawal pembekuan darah menjadi luar biasa aktif.)
  •     Masalah dengan aliran darah ke organ-organ penting (otak, jantung, buah pinggang)
  •     Kejutan septik (satu keadaan teruk yang menghalang oksigen dari memasuki darah)
  •     Kematian

Pencegahan
Risiko sepsis boleh dikurangkan, terutama di kalangan kanak-kanak, dengan ;
  • Mengikuti jadual imunisasi yang disyorkan. 
  • Ikuti prosedur mencuci tangan dengan berhati-hati dan penjagaan (care) peralatan perubatan dapat membantu mencegah jangkitan yang berkaitan dengan hospital yang membawa kepada sepsis.

Tengok, wajah kakak tak seceria seperti selalu.. tapi demam kakak dah kurang, Alhamdulillah ... cuma selera makan je tak ada.. hmm, dah puas menyakat kakak, Ciksah je over tapi kakak still lagi senyum tak sihat...Apa apa pun Ciksah doakan semoga kakak cepat-cepat  sembuh seperti sediakala dan dijauhkan segala penyakit dan perkara-perkara yang tidak diingini..
Ciksah dah nak balik Puchong...semoga kakak ceria seperti biasa ye !...
Ciksah sayang kakak sangat-sangat !



^_^ love you so much !!!