nuffnang

Thursday 11 June 2015

Kitar Semula Toto Terpakai Untuk Dijadikan Bantal



Assalamualaikum w.b.t

Kepada anda diluar sana yang menyimpan dan berhajat untuk membuang toto yang sudah lama tidak digunakan tu, mohon batalkan dulu niat anda dan cuba kitar semula toto yang tidak digunakan tersebut menjadi sesuatu yang baru dan berguna untuk anda.



Nisa ada dua bijik toto yang dah lama tidak digunakan. hmm, dah berhabuk dah pun sebab lama sangat simpan dalam stor tu. Mulanya duk pikir nak buang je. Tapi terdetik pula rasa sayang nye tuh timbul dihati ini.
Pikir punya pikir, keluar pulak idea... hmm, elok juga kalau toto ni di jadikan bantal kan. So apalagi, terus pi cari gunting, benang, sarung bantal yang tersimpan untuk memulakan operasi seterusnya.
Toto dipotong dan dilipat




Cara-cara membuat bantal
  • Pertama sekali, gunting toto yang tidak digunakan tadi mengikut saiz yang diperlukan
  • Lipat toto tersebut mengikut ketebalan yang diinginkan
  • Jahit setiap bahagian hujung yang dilipat  tadi supaya ianya tertutup dan menjadi bentuk sebijik bantal
  • Masukkan ke dalam sarung bantal dan siap!

Jahitan pada toto

Ok, ini adalah contoh jahitan tangan pada toto yang dilipat dan dijadikan bantal tadi. Walaupun tak cantik jahitannya tapi tak apelah, sebab nanti nak masukkan dalam sarung bantal jugak kan. hehe



Taraaa! Akhirnya toto yang mulanya nak dibuang tadi sudah siap dijadikan bantal. Ok la kan, kalau beli bantal ni dah berapa RM dah kan. Jimat! Sekurang-kurangnya kekabu toto ni tahan lama sikit jika nak dibandingkan dengan bantal  kat shopping complex sekarang ni.. yelah, pakai dua tiga bulan aje dah kempis gaya macam tido tak berlapik atas lantai.hehe
So apelagi, moh ler kita tido! kan sunat tidur sebelum solat jumaat! Jangan terlajak tido dah ler..hahaks


"Selamat mencuba"

6 comments:

  1. Waa.. kreatif2.. dah jimat kan..

    ReplyDelete
  2. alahai baru je buang 2 toto mggu lepas..nape la tak terpk nak buat cmni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,takpe kak..lainkali simpan ye,hihi ^_^

      Delete
  3. kreatifsgt dpd membazir... baik kitar smulaa.. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^