Salam Sejahtera segala isi dunia,
Nisa sebenarnya sangat kecewa dengan 'Semut' sekarang.
Adeh, dah kenapa kecewa dengan semut pulak kan..haha
Sebenarnya, nisa dah cukup terguris dengan semut-semut zaman sekarang.
Kat rumah ni, pantang letak apa sahaja, mesti cikmut ni datang. Geram betul laaaa...
Hari-hari nisa mop rumah tak nak bagi semut datang ganggu ketenteraman jiwa nisa, ye lah... dalam periuk nasi dia masuk, dalam bekas gula dia masuk, tupperware biskut dia masuk, bekas milo, bilik air dia ada... pendek kata semua tempat lah dia ada. kalau dia tak kacau makanan tu nisa tak kesah lah, ye lah kalau setakat nak dok satu rumah dengan semut-semut ni kan memang tak kesahh. ni tidak, semua tempat dia ada, satu family lak tu.erggggggegegege!
Bukan satu family je tau, semua jenis semut ada... semut api, semut hitam, semut besar, semua jenis semut lah....
Kadang kadang terpikir jugak, semut ni suka duk tempat sejuk ke tempat panas ke tempat suam ye..hihi
Yeee, bukan apa, dalam thomas air dia duduk, dalam jug air masak pun dia duduk, kalau bentang tikar atau karpet kat rumah, huh tak sampai 5 minit dorang dah berbaris kawad kat penjuru penjuru tikar. aishhh! memang tak habis pikirlah..memang perangai semut moden sekarang ni macam ni ke hangpa???!.
Nak bunuh kesian, iyoo lah mana boleh bunuh kan...so dengan berbesar hatinya, molek lah kiranya kita halau sahaja semut-semut tersebu!
Apa yang parah sekarang ni, hari hari nisa duk bebel kat semut semut ni. kadang-kadang dah rupa orang mental dah duk cakap ngan semut selalu... haha
Tapi dorang ni kan, degil tau tak, kita cakap elok-elok dah bagi amaran siap2 dah, jangan datang, jangan makan makanan kita yang baru berapa minit beli tu, kalau nak makan jugak, jangan la amik semua kan.. amik sikt-sikit dah la. ishhh! memang takde kompromi dorang ni. , mesti korang pon cakap nisa ni dah tak betul kan. haha. biaq pi lah! kikikit :p
Tapi sungguh! memang tak tipu, haritu suami nisa baru je lepas mandi, ambil tuala yang baru je kering kat ampaian dalam rumah tu nak guna, alih alih tetiba dia duk jerit aduh! aduh! duk menggelupor beliau sorang sorang ..haha dah kenapa kan, ghupe2nye tuala tu penuh semut api..adoiii, penat makkk nak halau! heeee
Dengan tahap kemarahan yang maksima dan bait bait benci lagi kecewa mulai bertunas di laman hati, nisa cuba mecari macam mana cara nak halau semut-semut ni dari menjadikan diri ini sebagai seorang pembunuh semut!
Ok, jom kita share dan baca sama-sama cara-cara halau semut :)
CARA HALAU SEMUT
1. Cili kering :
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.
3. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
5. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Selamat mencuba.
Sesungguhnya, Menghalau semut itu lebih baik dari membunuh!
Tapi kalau dah selalu sangat, boleh hilang tahap kewarasan dan keperimanusiaan ni.haha
Peace yop!!
Peace yop!!
Sya pon pnh jga jdi... Tiap kli pgi ja mula la tang dapur berkerumun... Tau sb pa? ..sb air ikan 2 pon depa minum... Sya bela kucing so mmg jdi skit pala nmpk semut duk hurung situ... Kdg2 tahap gaban 2 sya ckp sowg2 gn semut... Kdg2 trpikir jga nape xhurung rumh owg laen xkesian kr kat kmi yg duk bersihkn umh tiap2 ari... Huhuui
ReplyDeleteSya pon pnh jga jdi... Tiap kli pgi ja mula la tang dapur berkerumun... Tau sb pa? ..sb air ikan 2 pon depa minum... Sya bela kucing so mmg jdi skit pala nmpk semut duk hurung situ... Kdg2 tahap gaban 2 sya ckp sowg2 gn semut... Kdg2 trpikir jga nape xhurung rumh owg laen xkesian kr kat kmi yg duk bersihkn umh tiap2 ari... Huhuui
ReplyDeletesama lah ... semut datang dah banyak kali berckap baik2 x nk jgak g sarangnya.. dah tu hbis makanan yg nak makan.. beberapa minit letak.. lg2 sjuk.. hbis depa mkan.... huhy... kadg jd pelik duk fikir depa dtg berkerumun kat makan je.. yg di hidang kat meja.. ikan masin kcik tu pun die mkn... huhy.. typi kat gula x pulk.. nyh kat meja mkan je.. tu pelik... hmmmm
ReplyDeletedah tengok tip halau semut, tapi ada lagi ke tip untuk menanganiya dgn lebih efektif
ReplyDelete