nuffnang

Tuesday, 11 August 2015

Diary???


Ada lagi ke penulis tegar diary sekarang? Al-maklumlahkan udah komfem komfem lah sekarang memasing punya gadget sendiri untuk dijadikan diary dorang kan.. hmmm tulas... nisa ni kuno agaknya, mesti nak kene ada jugak diary every year. tak tahu lah kenapa.. tak kisah lah diary tu bukan 24 jam nisa conteng pun, tapi nak kene ada jugak! sebab tu nisa sonok kalau ada orang bagi nisa dairy dari company dorang.. pantang dihulur, kompem nisa amik, so nisa ada banyak diary..haha! ape punya tak malu la, huhu tapi tak pe lah, janji ada something untuk diconteng, itu sudah cukup untuk membahagiakan nisa. (wah! ayat tokleh blah tol, bhahaha)

Bagi nisa, dairy ni adalah sahabat untuk nisa luahkan segala isi hati yang terbuku.. sahabat yang nisa ada untuk nisa coretkan segala hikayat yang semestinya bersulamkan kisah sedih gembira, suka mahupun duka... Dengan harapan agar kelegaan akan hadir dipenghujungnya. Eh, membantu ke???  Sudah pasti ia banyak membantu dan berkorban, ia rela diconteng rakus apabila idea datang menjenguh bertubi tubi diruangan fikiran, rela ditekan kuat oleh mata pena tatkala meluahkan kemarahan, rela berbasah kuyup disaat sang penulis merasai kesedihan yang tak tertahan. ya! semuanya di situ. kalau lah dia boleh bercakap kan...mungkin dah lama dah dia taknak kawan ngan nisa.. huhuk!
Diary
Kenapa nisa suka sangat menulis diary?
Sebab... nisa suka baca balik apa yang nisa tulis, kalau ada perkara yang nisa tak dapat, nisa mesti berusaha untuk dapatkannya sehabis boleh. oh yeah!💪
Sebab... diary ni bukan setakat untuk menulis je, malah untuk melukis macam macam. dah namanya ex student fine art kan.. ajar anak orang lagi.. hodoh pon takpe..bukankah itu seni? bagi orang lain tak cantik, bagi kita cantik dah nak buat macam mana! (dah diary aku, ikut suka hati aku la wakaka)

Semenjak dah kahwin ni,
Kalau ada pape benda sensitip nisa nak bagitahu Mr.N, nisa akan tulis dalam tu..lepastu sengaja tinggalkan diary tu kat atas meja computer, nak bagi dia baca... motipp menulis??..bhahaaha!

Tapi, sebenarnya... dia tak baca pon..  nisa selalu skodeng dia dari jauh, ( biar duk satu rumah je pun) dengan harapan, moga moga dia membacanya.. tapi TAK pun! dah sah sah kat cover tu tulis "Diary". Cuba ler buat muka saspen ke ape ke kan.. Eh? diary lah! hiks!  Takde pun semua tu, lagi dia ambik letak tepi rak buku tu balik adalah...Waduh duh duh!
kita ni kenkadang malas nak mesej or wasap bagai..buat cenggitu konon kononnya nak nampakkan special lah kununnye kan ucapannya disituh..hihihi.. tapi tu lah! udah nak buat macam mana, monsoon dia tak sama ngan kita..kehkeh! so ada pape je lepas ni, kene direct to da point je! barulah hati ni tak koyak. mih mih mih..

Gambar tahun lepas ghasenye ni, bukan senang nak pujuk pakcik ni bergambar..kenangan lah sangat!

"Tq for reading dis entry"

2 comments:

Terima Kasih sudi komen yang baik-baik ^_^